1. Mengikut kamus uganda, 'janji' adalah satu keadaan dimana seseorang itu mengatakan bahawa dia akan memberikan sesuatu kepada orang lain, samaada dalam bentuk material mahupun sekadar air liur untuk memohon sokongan dan dukungan orang lain kepadanya.
2. Kalau kalian perasan, ketika ini kian lantang berbunyi pemain-pemain politik negara, berjanji bulan dan bintang bak sorakkan para penyokong Liverpool yang berjaya mengalahkan Manchester United dengan para rakyat jelata. sangat indah bila mendengarnya. Boleh menyebabkan para pentaksub politik keghairahan gamaknya.
3. Sebenarnya, aku tidak ingin mengulas isu politik sempit negara. Tapi apa kan daya, aku juga manusia biasa yang tidak dapat lari untuk melawan gelojak hati yang meronta-ronta memohon jari jemariku yang runcing ini mendendangkan sedikit nyanyian hati untuk tatapan kalian.
4. Kenapa bila seorang yang kuat berjanji berkata, maka akan adalah orang lain yang akan menyangkalnya dan seraya berkata,
'emm,. kau jangan dengar sangat kata-katanya tu timah, dia tu berjanji pilihan raya saja' Kenapa?
5. Sebabnya ialah, janji pilihanraya itu adalah sekadar janji bulan dan bintang. Kadang ianya ditunaikan dan kadang-kadang tidak ditunaikan. Objektif janji itu dilagukan bukan untuk menolong rakyat sebagai matlamat utamanya, akan tetap ianya sekadar untuk mencari dukungan dan sokongan untuk memenangi pilihan raya. Lepas berkuasa, nak jumpa dia ramah seperti masa berkempen sebelum mengundi tu pasti sangat payah. Orang melayu kata 'habis madu sepah dibuang'..
6. Sebentar tadi ada pentaksub politik datang memberi komen, nasihat dan tunjuk ajar kepadaku yang berkait dengan politik. Aku rasa, mungkin disebabkan rasa kurang senang beliau kepada status facebookku. Ah, biarkan saja, semua orang juga layak untuk menyuarakan pendapat. Macam budak SMM tu perjuangkan kebebasan hapekebenda tu. hidup, hidup,!!
7. Aku bukannya fobia sangat dengan janji pilihanraya ni. kalau melibatkan kepentingan umum, why not kita terima janji itu sebagai pulangan kepada kita sebagai seorang pengundi? Tapi, apa yang menjengkelkan dan menggusarkan aku ialah bilamana pemain politik itu sekadar bermain wayang porno kepada rakyat jelata. Macam aku cakap, habis madu sepah dibuang..cakap tak serupa bikin.
8. Kalian lihat kilang arak dekat shah alam? Hari tu, ada parti so called islamic berjanji untuk merobohkan menatang durjana tu selepas mereka berjaya menakluk bumi selangor ini. Tapi apa yang jadi? Haram jadah tu still megah berdiri, malahan Hasan Ali yang cuba mengusik sedikit anak-anaknya yang dijual dikedai- kedai 24jam itu juga tidak boleh malah ditegah. Mereka itu bukan saja tidak menunaikan janji malah Masih lagi yakin mendendangkan irama yang sama iaitu mereka tidak mampu berbuat sedemikian rupa (menunaikan janji), kerana perbuatan pemerintah sebelumnya.
Laa, kalau dah tak mampu, kenapa perlu berjanji bulan dan bintang segalabagai? apkah point kau berjanji itu kalau kau sebenarnya tahu kamu tidak dapat menunaikannya? Lebih menyedihkan bila rumah urut juga semakin disubur dengan baik, malahan diberikan baja yang secukupnya. aduhh..Tidakkah itu merupakan perbuatan yang berdosa?
9. Dan ada banyak lagi sebenarnya janji, tapi what can i say, semua mungkin baik baik belaka di mata mereka. Para pentaksub politik pernah membisikkan kepadaku 'why not kita cuba rasa kerajaan yang baru?'. Aku terkesima dan terkentut mendengarnya..Menukar kerajaan dengan satu pihak yang sangat terang-terangan mempunyai pelbagai kelemahan bukanlah satu tindakan yang bijak dilakukan oleh seorang yang bijak dan kool. Jika kau memberi contoh tunisia segalabagai negara yang ditukar rejimnya oleh rakyat sebagai menghalalkan penukaran itu dilakukan dinegara ini, maka kenapa tidak kau lihat juga apa yang telah terjadi kepada negara iraq?
10. Aku juga terasa skrip lama pasti akan diulang semula jika para penjanji itu tidak dapat menunaikan janji mereka, 'tidak dapat memenuhi segala janji kerana berkait dengan kerajaan pusat'. Satu pesanku kepada mereka, jangan berjanji kalau tidak dapat dipenuhi.
11. Lagi satu, Janji yang diberi untuk pru13 kali ini lagaknya seperti all out, janji bukan main gampang gila. Kalau boleh diberi sejuta seorang, asalkan menang. Biar nanti gomen papa ke dana yang penting, putrajaya dalam genggamanku. Kalian faham?
12. Islam ntah ke mana, janji ntah ke mana, lepas tu kampung tergadai..
No comments:
Post a Comment