Jan 29, 2012

Ada manusia..,

1. Ada manusia merasakan cukup sekadar dengan hanya dia menyokong sebuah parti politik yang digelarnya sebagai islamic itu, akan menjadikan dirinya suci muci bak salju dipagi hari. Menghalalkan dirinya untuk mencaci maki orang yang dicopnya sebagai musuh dan dalam masa yang sama menegah orang lain mencaci maki para pemimpin kumpulan yang dipujanya.

2. Ada manusia, dengan dirinya yang berpakaian sopan dan kelihatan baik akan menghalalkannya untuk merendah-rendahkan orang lain yang tidak sesopan dan sebaik dirinya. Bagi mereka ialah, contoh yang terbaik haruslah menjurus kepada dirinya walaupun tanpa disedari, mulutnya sangat longkang menghina kelemahan orang lain.

3. Ada manusia, dengan hanya memasuki sesebuah parti, dia beranggapan bahawa dia akan menjadi baik dunia akhirat walaupun secara nyatanya dia itu seorang yang bebal dalam beribadah, selalu berseluar pendek bagi lelaki dan juga bermulut celupar mengalahkan selipar. Dan jika kita memasuki sebuah parti yang selain daripada yang dianutinya, maka kita akan dikata sebagai seorang yang tidak islamic walaupun mungkin kita ahli ibadah atau apa pun. Bagi mereka, iman itu dicorak berdasarkan lambang parti yang kita anuti.

4. Ada manusia, bila kita berpakaian mengikut sunnah nabi dan segalabagai yang islamic, ianya sudah menjadikan kita layak untuk memimpin dan memberi ceramah agama kepada orang lain yang dikenali sebagai ustak dan lebih ganas boleh dipanggil sebagai ulamak. Gelaran ilmuan agama bukan lagi melihat kualiti yang dia ada, ilmu yang dia ada, akan tetapi personaliti menjadi asas yang kukuh untuk melayakkan dia mendapat gelaran mereka yang warak dalam agama..

5. Ada orang, bila dia menasihati orang lain, dia nak orang lain ikut dia serta merta walaupun cara yang dia gunakan dalam dakwahnya itu ala ala komunis. Tapi dia tetap mengaku bahawa dia tengah berdakwah secara berilmiah. Dia tidak sedar bahawa dia sebenarnya telah menjauhkan orang itu daripada kebenaran atas sikapnya yang ingin dilihat BAIK, ingin dikata BETUL tanpa memikirkan matlamat dakwah itu sendiri iaitu mengajak orang lain ke arah islam.

6. Ada orang tertarik dengan penampilan ustaz yang kool berbanding isi ceramah yang dia perolehi. Walaupun nanti balik dari ceramah dia tidak mendapat sebarang manfaat, namun perihal dirinya yang menjadi pentaksub para pendakwah itu sudah mencukupi, selain mengopy and paste segala bahan bacaan di laman maya sebagai bukti dia suka kepada apa yang disharenya. Ya, walaupun mungkin dia tidak memahaminya secara jelas..

7. Ada orang merasakan orang lain semua salah dan dia adalah yang paling betul atas alasan dia telah dijanjikan syorga kerana menjadi pendukung yang mantap kepada sesetengah kumpulan. Bila ahli keluar daripada kumpulannya, maka dicanangnyalah keburukan orang yang keluar itu walaupun dulu itulah menjadi hero kumpulannya.

ah manusia ini pelik..

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian