Pernah tak anda terfikir, anda bekerja keras hari ini kerana apa? gaji besar?pangkat dan darjat?nama dan kuasa?..dan pernahkah anda terfikir semua itu boleh anda capai dengan satu cara yang mudah?berusaha dan berserah? kenapa?sebab Dia telah janjikan bila mana kita berserah kepadaNya, tentukan bahawa tiada lagi yang lebih berkuasa membuat keputusan melainkan Dia, maka semua itu akan dipermudahkan. Tidak kira lambat atau cepat ianya pasti akan terjadi.
Jangan berusaha sampai sanggup melupakanNya. Aku terkesan bila melihat seorang pelajar kurang upaya, sanggup bersusah payah untuk belajar diperingkat ini. Dengan kemampuan yang terbatas. Kerana apa? kerana dia percaya, apa yang berlaku itu mempunyai hikmah yang tersendiri. Kejayaan itu milik semua insan. Bezanya, kekuatan kita untuk memiliki kejayaan itu..
Jangan riak, jangan riak dan jangan riak..
No comments:
Post a Comment