hahahaha
permulaan yang dimulakan dengan gelak yang memerli. Pelik. Semakin hari semakin ramai yang menunjukkan kebodohan. Kebodohan yang tidak sepatutnya diperlihatkan kerana situasi semasa yang menunjukkan kepandaian diperlukan. Dikelilingi dengan mereka yang bertuah dan bijak pandai tidak akan semestinya akan menyebabkan kita akan berfikir secara positif. Mungkin kebodohan itu telah diternak dan telah dipersatukan didalam diri mereka. Ntahhh, ini mungkin hanya komentarku yang agak bias dan keterlaluan..
Kenapa kita perlu pertikaikan apa yang orang lain buat or lakukan? yes kita perlu menegur kalau orang lain buat salah. Tapi kalau ianya tidak berkaitan dengan kesalahan yang memerlukan kita menegur, perlukah???Mungkin ianya bagi aku tidak lebih daripada sikap menyibuk...bullshit man..
Aku suka fikiran yang kritis bukannya fikiran yang sempit. Yang dilakukan oleh mereka yang mengaku bijak pandai. mempertikai apa yang orang lain buat dan menabur bibit-bibit fitnah hanyalah salah satu perbuatan setan yang dilaknat..
Berfikir sebelum mengeluarkan hujah adalah lebih baik daripada bercakap tanpa tujuan..
ps/ Mari menilai mereka
No comments:
Post a Comment