Oct 13, 2010

tension I

Dua tiga hari ni, rakan setidur ku eh silap, roomate aku kata, muka aku ketat ..aku pun tak tahu bahagian mana yang ketat. aku rasa, aku dah guna saiz yang agak longgor gak..Mungkin aku yang tak faham..kekeliruan berlaku disitu..

Ketat, kalau mengikut kamus dewan bahasa,edisi ke3, muka surat 430 menyatakan bahawa, keadaan dimana muka seseorang seperti muka orang yang minta dilempang 3x berturut-turut tanpa belas kasihan. Ianya mungkin disebabkan tekanan perasaan,jiwa dan batin..Berdasarkan makna kamus tersebut,mungkin ada benarnya apa yang roomate aku perkatakan kepadaku sebentar tadi.. tapi bukan berkaitan dengan batin..

Mungkin ramai yang tertanya kenapa aku tensen. ye ye aku tahu, mesti akan ada pembaca yang mempertikaikan perkataan "ramai" yang aku gunakan sebentar tadi. memang ramai,.aku bizi..aku tak tahu bagaimana untuk aku perjelaskan, tapi mungkin dengan pepatah yang emak aku selalu guna "Jangan tangguh kerja, kelak diri merana" ini dapat memperjelaskan segalanya. thanks mak, akhirnya anakmu mengalami situasi itu juga...

kepalaku dibebani dengan pelbagai perkara..

Aku tergelak tetiba..aku terfikir..Baru perkara kecik gini aku dah mengelabah..mungkin ada ramai lagi yang tertekan melebihi situasi yang aku alami ni..macam PM, CEO syarikat besar tu,

ini hanyalah suatu permulaan kepada kepada suatu kejayaan. ke aku akan jadi CEO suatu hari nanti??

ps..Bercakap perkara yang positif juga adalah salah satu doa..

2 comments:

reen_sofee said...

roomate hensem tak?
nak kenal !
heheh
:))

Kosong said...

seperti rumate dia la..

gatai,dia da anak 3 ok

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian