Pernahkah anda alami, bila anda berada di satu kawasan yang anda kenali, yang menjadi tempat sepermainan anda kini tinggal kenangan dan sejarah. Anda seperti kera sumbang yang dikelilingi oleh mereka yang tidak menghiraukan dan tidak mengenali anda? Pernahkah anda tertekan apabila anda cuba untuk berubah kearah membaiki prestasi diri, tapi ramai yang tidak menyukainya? Pernahkah anda terasa sebenarnya anda adalah bersendirian? Anda sebenarnya tidak mempunyai kawan.
Setiap orang mempunyai pandangan masing-masing. Tapi untuk menghukum apa orang lain lakukan atas alasan dan sebab yang dia telah melakukan kesalahan yang dia sendiri tidak lakukan itu adalah tidak betul. Tindakan itu tidak lebih daripada mencerminkan diri anda sebenarnya belum matang untuk berfikir, bertindak dan memanipulasi keadaan. Keadaan harus berubah dan sebab itulah dalam islam konsep penghijrahan digalakkan. Musuh yang paling berbahaya ialah diri kita sendiri. Dan anda harus bersedia untuk menghadapi musuh itu.
Pernahkah anda terfikir bila anda ditempat orang lain? adakah anda akan lakukan perkara yang sama dengan apa yang anda lakukan keatas orang lain?? Pepatah selalu mengatakan, BUMI ITU BULAT. kadang kita berada diatas dan kekadang itu juga kita akan berada dibawah. Bila kita berada diatas, dan jika kita pergunakan kesempatan itu dengan sebaiknya, maka apabila kita berada dibawah, akan ramailah yang akan membantu kita. Akan ramailah mereka yang mendekati kita. Bila kita teraniaya, yakinlah bahawa setiap kekuatan yang kita ada, setiap doa yang kita ucapkan pasti akan membawa kepada kita jalan penyelesaian yang dijanjikanNya. Bersabar itu sifat terpuji.
ps/biar orang lain mengata, jangan kita ikut mengata..
No comments:
Post a Comment