Oct 24, 2010

Mari berfikir

Kalau siapa yang tidak tahu isu ni, mungkin dia salah seorang yang tidak mengambil berat tentang negara tercinta Malaysia ini. Tak kira makcik dekat pasar, pakcik dekat warung cafe, budak sekolah menengah, budak universiti sibuk membincangkan isu ni. Siap bagi hujah, bagi dalil untuk menegakkan hujah.

Projek mega yang PM cadangkan(bangunan PNB 100 tingkat). Aku berbangga , ramai juga rakyat malasia yang kini telah mengikuti perkembangan negara. Belanjawan Negara bukan lagi, salah satu channel membosankan (bagiku), namun kini telah diikuti oleh semua pihak tak kira golongan berpendidikan ataupun golongan biasa. Yang bestnya semua akan mempertikaikan. Biasalah, inilah hak kebebesan bersuara yang telah diperjuangkan oleh sesetengah golongan. Semua kerajaan buat semua salah. tak betul. haram. tak islam. tak melayu. dan semuanya tak. maaf aku teremosi..

Aku suka mereka yang berfikiran kritis. Berfikir disudut pandangan yang berbeza. Tapi aku tidak suka bila mereka yang kuat membantah hal yang mungkin mereka tidak mereka ketahui. Lihat saja di facebook. ramai yang berkata dan berhujah tentang isu ini. Aku suka, tapi bila aku ikuti kebanyakkan lebih kepada pandangan kosong, yang berpihak kepada satu pihak dan lebih buruk ada yang tidak tahu isu ini pun turut sama berhujah. sangat menarik.

Antara sebab yang menarik untuk aku kongsikan bersama ialah projek ini, membazir duit rakyat. Negara sekarang tidak stabil. Klcc banyak lot perniagaan dikuasai bukan melayu. rakyat menjadi semakin miskin.Baik duit tu dibagi bonus untuk rakyat. Kos pembinaan itu mungkin akan meningkat. kroni-kroni mungkin yang akan terima manfaat bukan rakyat. subsidi dimansuhkan.Hantar pelajar keluar negara.

Aku suka cara mereka berfikir. kerana mereka berfikir disudut yang kritis.

yang menyokong plak berkata, Sebagai mercu tanda, tarik pelabur asing, supaya harga tanah disekitar meningkat, plan jangka panjang untuk pertumbuhan ekonomi,Peluang pekerjaan or perniagaan. yang penting untuk pembangunan ekonomi jangka panjang.

Aku tiba-tiba teringat projek mega yang dibina oleh pemimpin yang aku sayangi Tun M,
KLCC,Litar Sepang,Putarajaya,Projek jalan lebuh raya dan banyak lagi

Dulu kalau anda ingat. Projek inilah yang mendapat tentangan. Semua mengatakan pembaziran duit rakyat. Lebih baik duit disalurkan kepada rakyat. Sampai pernah ada yang ingin menjual Putrajaya jika dapat memerintah. Dan kini, ramai yang ingin menakluki Putrajaya. Dimanakah suara itu??

itulah Kehebatan seorang pemimpin. Mampu melihat, merancang apa yang orang lain tidak terfikir? Ya, mungkin ada yang berkata, tidak relevan untuk membina mercu tanda kerana kita telah mempunyai KLCC. Kerana apa?

Mari berfikir dengan lebih kritis. Percanggahan pendapat itu bukan sahaja dapat menambah pengetahuan tapi sebagai cara untuk kita belajar berfikir dengan lebih kritis.

Ikut apa yang kita faham, apa yang kita tahu, bukan kerana orang lain beritahu.

kerana keupayaan manusia itu kekadang sangat luas dan kita mungkin tidak terfikirnya(vujicic)

ps/ ini adalah pandanganku sahaja...

1 comment:

fareeza mukhris said...

ye
sejujurnya TUN DR MAHATHIR pemimpin yang hebat
tp malangnya,ramai mereka2 yang berfikiran jumud menidakkan hal ni
mcm yang awak kate,semua kerajaan buat xbetol,xislam,
then mule la keluarkan fatwa yang berbau politik semata2

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian