Bila aku berkata,
aku takut semua akan terasa,
Bila aku ketawa,
aku takut semua akan jatuh cinta,
Bila aku bersedih,
aku takut akan ramai yang memujukku
Bila aku gembira
aku takut aku akan hilang arah tuju
Terang bulan kerana Matahari,
Aku disini bukan kerana aku,
tapi kerana Dia,
yang menjadikan aku,
seindah ciptaannya yang lain,
yang memberikan aku peluang untuk merasai nikmatnya kehidupan,
Bila aku tertekan,
aku takut aku akan melupakannya,
kerna aku malu untuk memohon kepadanNya,
aku sering terlalai,
aku terlupa, terleka dan terriak,
bila aku tertekan
aku sering terlupa Dia sentiasa ada menjagaku,
bila aku tertekan,
aku selalu terleka dengan perasaan sendiri
siapa mereka untuk menilai aku,
kerna Dia lagi berhak,
aku memandang sepi diriku,
memohon kepada yang betul,
biar mereka mengutuk mu,
biar mereka menghina mu
Jangan Dia menghina mu...
kita punya akal
pergunakanlah sewajarnya
1 comment:
betul tu..
hanya DIA yg berkuasa..
biarkan berjuta manusia menghina kita..
asalkan kita tidak hina dimataNya..
Post a Comment