Jun 12, 2021

Jiran dari Neraka- Part 1

 Sebelum aku pindah ke rumah aku sekarang, aku tinggal di rumah flat. Sesuai dengan bajetku masa tu. 

Lepas beberapa tahun, aku berniat pindah ke rumah teres. Sebab aku dah tak larat angkat Humaira turun naik tangga. Perangai Humaira masa tu, turun tangga dia nak jalan sendiri, bila naik tangga dia nak aku dukung. Dah la rumah aku tingkat paling atas. Tak ada lift. 

Kadang aku kena turun dua tiga kali untuk angkat barang dapur dan Humaira. Tu belum cerita bini aku yang mengeluh tiap kali naik tangga, padahal dia jalan berlenggang kangkung.

So disingkatkan cerita kami pindah.

Tinggal dirumah baru ni semua ok. Kecuali satu, jiran sebelah yang perangai jahat nak mampos!

Masa mula-mula duduk sini, aku ok je dengan jiran ni. Setiap minggu aku akan share makanan dan macam-macam lagi. 

Lepas tu baru lah timbul satu demi satu dia tak puas hati. Bukan je dengan kami tapi dengan jiran yang lain juga.

Paling aku tak puas hati dia pegi whatsaps bini aku, share dia rakam suara kami dari bilik dia. Konon kami bising. Bayangkan masa tu kami berborak biasa dia tuduh bising.

Memang kadang budak-budak bising, tapi kau nak kami sekeluarga berborak dengan berbisik ke?

Padahal jiran sebelah kanan aku pun ada anak kecil. Lagi ramai dan lagi meriah. Tapi aku tak pernah dengar suara dorang ni dari dalam rumah. Kecuali aku duduk diluar rumah.

Lepas tu dia dah start komplen, tak bagi adik aku bawak kawan dia lepak dirumah. Bayangkan, rumah aku dia yang decide siapa yang boleh datang rumah.

Sampaikan dia pernah usir kawan adik aku suruh balik sedangkan masa tu dia hantar barang then borak sekejap.

Bagi aku sangat melampau.

Sebab anak dia tiap hari bawak kawan-kawan dia datang kerumah dia. Siap rem-rem motor kuat-kuat. Tu belum cerita anak perempuan dia bawak kawan-kawan dia melepak sebelum dan selepas balik sekolah. Siap melalak menyanyi. Setiap hari.

Keluarga dia jenis yang akan herdik-herdik time bercakap, so setiap hari kau akan rasa depa tu bergaduh selalu. Tapi kami tak pernah nak komplen. Ye la hidup berjiran. Kau kena faham.

Tu belum cerita bau taik kucing setiap hari kami kena hadap. Sebab kucing dia semua berak depan rumah dan dalam pasu aku. Setiap pagi kalau tak on kipas diruang tamu, terhidu lah bau hapak kucing.

Sampaikan aku buat-buat bersihkan tahi kucing dan berborak kuat-kuat dengan Humaira. Bagi dia dengar aku tengah basuh tahi kucing dia.

Tu belum cerita kucing dia tu sebenarnya kucing yang selalu main dng budak-budak ni. I mean kucing liar. Then aku bagi makan tiap hari sebab budak-budak ni suka main dengan kucing. Lepas tu tiba-tiba esoknya dia da pakaikan rantai leher then claim dalam group whatsapp tu kucing dia. 

Masa tu aku biar je. Malas nak bergaduh. Tapi yang sedih budak-budak ni. Sebab jiran jahat ni dah belikan sangkar then kurung tak bagi keluar sangat. Dia bagi keluar bila kucing tu kelaparan then pergi ke rumah aku.

Korang kalau ada jiran yang baik, bersyukur. Kalau jumpa jiran jahat, memang takkan tenteram hidup korang seharian..


No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian