Jun 14, 2021

Covid-19 dan Teori Konspirasi

Kalau korang ada dalam friendlist facebook aku mesti akan tahu, aku sangat anti dengan pembodohan. Dalam Facebook, aku rasa aku akan tulis apa yang aku nak tulis.

Bagi aku mudah, kau tak suka apa yang aku tulis then unfriend je Facebook aku. Hak aku untuk menulis lagi penting berbanding hak orang lain untuk membaca dan komen. Kau nak kritik tulisan aku ke,idea aku aku ke, silakan.

Perkara paling aku nak perangi sekarang ialah projek pembodohan teori konspirasi. Terutama berkaita Covid-19.

Mula-mula aku tak kesah pun. Hak dia lah kan untuk jadi bodoh. Tapi bila puak-puak ni start kritik sekali agama, kritik agamawan, kafirkan orang lain dengan tuduh jadi pengikut dajal dan WHO, bagi aku benda ni kita kena lawan! Jangan biarkan orang lain turut jadi bodoh.

Bagi mereka, covid ni haox. Propaganda untuk mengurangkan manusia. Tektik untuk jadi kaya dengan menjual vaksin dan sebagai. Namun semua ni sekadar teori sebenarnya.

Mula-mula  masa Wuhan start kena covid-19, puak ni kata depa tu berlakon mati atas jalanraya. Lepas virus ni merebak keseluruh dunia, mereka tukar teori pula, konon ini cara WHO kawal populasi. 

Bila vaksin mula diperkenalkan untuk virus ni, puak ni kata vaksin ni agenda iluminati untuk jadi kaya dengan jual vaksin ke seluruh duni. Agenda Yahudi untuk tanam cip dalam badan manusia.

Bila kantoi untuk teknology terkini, cip paling kecil pun lagi besar daripada jarum suntikan. Maka depa start pusing teori lain konon vaksin tu agenda Yahudi untuk membunuh manusia dan kurangkan populasi. Sekali dalam media kantoi Israel antara negara hampir 90 percent dah suntik vaksin.

Kau perhati, depa ni akan tukar tukar teori ikut kebetulan tekaan mereka. Ada banyak lagi contoh yang aku boleh bagi.

Misalnya 

Mula-mula depa kata agenda ilmunati untuk jadikan masjid kosong. Tahu ke tak, sebelum ni ada berkali-kali masjid kosong disebabkan wabak penyakit berlaku. Dan ianya direkodkan oleh umat islam sendiri. 

Dan Nabi sendiri pesan orang yang mulut berbau bawang pun dilarang datang masjid. Inikan lagi virus yang boleh membunuh? Lihat masa kluster tabligh sebelum ni, dengan seorang pembawa  virus berapa puluh ribu orang terjangkit?diseluruh Malaysia? Berapa puluh orang mati? 

Kau ambil fatwa ahli konspirasi yang tiada ilmu agama berbanding para mufti yang bagi fatwa jarak solat dan sebagainya? Di mana logik agama yang engko pakai ni? 

Lagipun bukan Malaysia saja yang berfatwa keharusan solat jarak tapi hampir seluruh dunia para mufti berfatwa hampir sama.

Ada mangkuk dalam Facebook aku baca compare orang yang langgar sop di Mall dan solat di Masjid. Bagi aku, ini antara perbandingan yang sangat bodoh. 1. Di Mall kau ada jumpa ke orang yang duduk rapat bahu ke bahu seperti dalam saf? Selama lets say 10 minit( ikut berapa lama waktu solat) ada ke? 2. Di Mall kau jalan kena rapat-rapat selalu ke?

Lagipun, mufti bagi fatwa ni bukan depa syok sendiri dalam kalangan majlis fatwa sahaja, tapi bila berdepan isu melibatkan masalah umum begini, mereka akan panggil para dokter dan pelbagai pakar lain untuk duduk berbincang. Mereka akan tanya bagaimana  virus ni merebak dan sebagainya.

Lepastu, baru mereka akan keluarkan fatwa yang mengikut mereka adalah yang terbaik untuk umat islam dan untuk islam itu sendiri.

Berhentilah jadi penghalang untuk kita lepas daripada virus Covid ni. Puak ni depa provok suruh langgar Sop, depa provok suruh jangan ambil vaksin. Berhentilah jadi bodoh! Situasi ini hanya akan melambatkan proses pemulihan!

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian