Aug 2, 2019

Unifi Down Waktu Malam

Aku saja bagi title tu gitu, jadi senang orang lain nak rujuk kalau jadi macam aku kena bulan ni. Bulan ni saja, hampir setiap malam wife aku eh wifi rumah aku down. Pukul 4.30 ke pukul 5 petang dia offline sampai pagi esok pukul 9 ke 10 pagi dia online semula. 

Masa mula-mula jadi, aku ingat benda biasa jek.Mungkin sebab aku lambat bayar bill or something wrong dengan line internet kawasan perumahan aku. Tapi bila jadi makin kerap dan ada jadual pulak dia down so aku pun contact TM.

Sebelum ni, bila internet down, aku just restart then tunggu 30 second, dia boleh connect balik. Tak pun aku cabut plug terus lepastu pegi buat kopi sat. Then baru aku pasang semula plug. Sebab ini adalah teknik rahasia pihak TM pernah bagitau aku dulu masa aku panic why line internet xde. kahkahkah. 

Yela mana la aku tahu kena tekan button restart. maunya router or modem tu jadi transformer ke, meletup ke. kan? Kau gelak macam kau tak pernah rasa jadi nervous nak sentuh benda-benda elektronik ni.

So kalau kau kena macam aku ni, line internet down waktu malam, lepas tu pepagi plak line dia cantik. Teknisen TM yang datang ke rumah kau pun tak tahu nak buat apa kan. Lepas tu nanti mulalah dia suruh tukar router, dia suruh tukar modem, suruh tukar cabel atau lebih teruk lagi dia akan bagitau maybe ada jiran yang pergi ambil port internet kau dekat tiang TM tu, dan pepagi dia tukar semula ke cabel engko. Boleh jadi. Sebab tu la teknisen TM bagitau aku. Aku pun angguk jek. alih-alih malam tetap jugak down. babi!

Seminggu dua tadi, aku report problem hampir setiap hari dekat TM. yela sekarang senang ada live chat. Tak macam dulu-dulu. Nak call, nak bercakap dengan operator, kau kena lalui pelbagai number rahasia yang dia suruh pilih. Tekan 1 untuk bahasa melayu, tekan 2 untuk bahasa bangla, tekan 3 untuk bercakap dengan jin.

Lepas kau pilih number bahasa, dia akan suruh lagi pilih dan akan terus bersambung sampai kau sendiri keliru kau nak pilih apa untuk bercakap dengan operator.

Sudahlah diuji internet down, lepas tu TM buat ujian kesabaran plak sebelum dapat bercakap dengan pekerja mereka. Tu belum lagi dia suruh tunggu SEBENTAR sebelum dia sambung ke operator yang bertugas. Sebentar dia tu umpama kau boleh drive pergi beli burger dekat kedai seberang jalan.

Kalau dapat bercakap dengan operator Alhamdulillah. Tapi kalau line terputus, kau kena ambil balik ujian 'kesabaran' yang mereka dah gubal untuk kau. Umpama kau terpaksa repeat jawab exam. Dah la kadang credit phone pun tak seberapa nak cukup. Lepastu, time operator bercakap, call off plak sebab credit habis. Masa kau terbuang dengar iklan depa. tak pun dengar lagu. babi.

Ok berbalik kepada masalah line internet down waktu malam dan waktu pagi dia ok semula ni, ada beberapa perkara ko kena buat. 1. ko kena off internet kau sampai teknisen TM call datang nak check.
Sebenarnya 1 ni je benda penting ko kena buat.

Kalau ko tak off internet, dia takkan datang sebab internet kau dia check dari system dia online. So teknisen dia akan assume problem kau da settle. Lepas tu memalam, meraunglah kau sendiri sebab internet down semula. Padan muka. Ni yang jadi dengan aku.

Berhari-hari aku report tapi TM tak datang dan tak call pun tanya apa khabar internet rumah aku. sampailah setiap hari tu aku report tanya why why why  tak datang baiki. lepas tu aku buat-buat tanya siapa nak cover balik data phone yang aku beli hampir setiap hari?konon nak perli. Bagi dia sedih sikit ke ape.

Dah la anak bini kerja bidang researcher. Tiap hari kena guna internet untuk research something. So aku sebagai hero keluarga terpaksa kena jawab soalan-soalan dari mereka why internet down.

Lepas TM datang, ko kena bagitau internet down waktu malam tapi siang dia ok. Ko kena bagitau terang-terang, sekarang memang ok tapi malam dia buat hal. Lepas dia check semua router kau ok, modem ko ok, cabel ok, kalau dia kata semua ok then dia suruh tunggu esok plak, then ko kena jugak suruh dia check line internet dekat cabel luar dari port TM tu.

Macam aku ni, lepas beberapa sesi lawatan teknisen TM. Dia suggest tukar router baru. Aku tukar. Dia suggest tukar cabel baru. Aku tukar. Yang last je aku tak approve dia suruh tukar, dia suruh wiring baru cabel dari port TM dekat luar tu. Sebab dia nak charge RM 200. babi! padahal teknisen sebelum ni bagitau, cabel semua ok. sampai dia sendiri pening tak tahu nak baiki apa, sebab masa tu line semua cantik. Datang bawak ipad then check connection. Then semua ok. semua happy. Malam semua babi.

Kalau teknisen TM datang berkali-kali tapi line tetap down waktu malam, then ko kena suruh dia check jumlah line ( aku pun tak tahu how nak panggil menatang ni.) yang datang dari tiang TM tu. Macam aku, bacaan tinggi sangat sampai 30,biasa dia cakap normal 24. So korang jangan tanya apa dia bacaan tu. Maybe line internet kut. So dia cakap time malam bila dia makin tinggi so internet akan down semula. dia cakap dia da stabilkan.

Sebab ada teknisen TM ni, bila dia check ada connection internet dia dah check sambil lewa. sebab aku syak objektif kerja depa line internet mesti ok di rumah customer waktu tu. Dia akan check dalam rumah jek. Lepas tu problem jadi lagi.

Kalau kau check dalam internet, ramai complen berhari-hari problem tak settle. Aku syak sebab beginilah. So atleast ko ada basic nak bagitau depa. engko ada benda nak menyembang dengan depa, takde lah nak sentuh router or modem pun takut. kahkahkah babi!

Alhamdulillah setelah artikel ni aku tulis pun, line internet dekat rumah aku pun still ada. Biasanya waktu-waktu cenggini da down. Mulalah researcher dalam rumah aku ni tanya why takda intenet macam aku pekerja TM.

Aku sebenarnya malas nak tulis pasal benda ni, tapi bila masa jadi ni aku dok search dalam google hampeh takdak sorang pun blogger yang tulis benda yang sama jadi dekat aku ni. Yang ada blogger suruh boikot unifi. So aku pun tulislah dan berharap artikel ni bermanfaat kepada orang lain. 

Jadi janganlah lupa kiranya mengucapkan Alhamdulillah kepada Allah kerana masalah wifi down waktu malam settle. kalau ada yang nak bertanya boleh lah komen. 

1 comment:

Unknown said...

Benda yang sama terjadi kat rumah saya. Thanky bos. Sgt² bermanfaat!
Indra food

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian