Aug 13, 2019

Bagaimana menghadapi ujian daripada Allah?

Ujian daripada Allah kepada setiap individu yang Dia sayangi adalah berbeza. Ada orang diuji dengan kekayaan dan ada orang  diuji dengan kemiskinan. Ada orang diuji dengan adanya anak, ada orang diuji dengan tidak punya anak.

Dan perbezaan ini akan lebih ketara dengan bagaimana kau menghadapinya.

Aku sering diajar oleh ustaz, hadapi ujian Allah dengan takwa. Walaupun kadang sering aku terlupa, tapi aku cuba untuk tidak seperti dulu. Menyalahkan itu dan ini kerana kekurangan yang aku hadapi dan sebagainya. Tanpa terfikir, mungkin Allah tengah bagitau yang aku dah jauh daripada Dia.

Antara benda penting yang aku sering ingatkan diri aku sendiri dan orang rumah aku ialah SABAR. kerana disebalik ujian itu Allah akan datangkan pertolongan, Allah akan datangkan rahmat, Allah akan datangkan pelbagai pertolongan selagi engkau yakin Allah takkan biarkan kau sendiri.

Macam aku. Setahun dua tadi aku diuji dengan pelbagai benda. Ujian yang bagi aku perkara pokok dalam hidup aku. Ladang cili yang aku bina bertahun-tahun terpaksa aku tutup. Dan, tutupnya ladang aku ini bermaksud pendapatan untuk keluarga aku juga selepas itu KOSONG.

Lepas tu, aku terpaksa jual semua barang-barang kebun untuk menampung kos hidup sementara sebelum aku dapat mencari kerja makan gaji semula. Masa tu, aku jual agak murah barang-barang kebun, sebab aku tak tahu nak letak mana benda tu semua. Rumah sewa aku ni pun sekangkang kera.

Masa tu, Allah uji lagi. Orang yang aku percaya beli barang kebun aku,dia tak bayar hingga ke hari ini. Dia hanya bayar half walaupun masa tu aku da desak. Dia buat bodoh. Dia buat babi.

Bayangkan dengan hutang sana sini, dengan sewa rumah, belanja rumah semua da takda. Aku hilang punca. Hilang arah. Sampai aku tak tahu nak buat apa masa tu.

Aku hanya berserah dengan Allah nasib yang aku terima. Aku ingatkan diri, insyallah lepasni mesti jadi baik semula. Setiap kali aku rasa stress, aku doa dengan Allah, aku serah segalanya kepadanya, aku cuba setiap jalan yang ada untuk baiki segalanya. Selebihnya biar Dia yang tentukan.

Setiap hari aku cari jalan bagaimana aku nak hadapi? beratus-ratus resume aku kirim cari kerja secepat mungkin. Namun semua takda jawapan.

Aku try banyak benda, jual air tepi jalan, jual online dan macam-macam lagi. Semua tak kena. Masa tu aku berfikir, ini mungkin puncak ujian Allah nak bagi aku masa ni. lepas aku buat banyak benda, aku serah dengan Dia segalanya. Kalau Dia yang berikan ujian, Dia juga mampu berikan jalan untuk selesaikan segalanya. Aku cuma perlu sabar dan berusaha.

Alhamdulillah, banyak benda yang aku tak sangka jadi. Bantuan-bantuan yang Allah kirim untuk aku dan keluarga. kalau nak diikutkan, agak mustahil untuk aku survive dengan musibah ni. Aku bukannya hidup sendiri. Aku dah ada dua orang anak.

Kadang-kadang aku sendiri macam tak percaya dengan apa yang jadi dengan aku. Betul cakap ustaz, rezeki ni sebenarnya takda kaitan dengan usaha tapi takwa. dan kau kena belajar konsep tawakal tu macam mana.

Kalau orang yang rajin berkerja itu akan lebih banyak mendapat rezeki daripada Allah pasti buruh binaan yang akan mendahului jadi orang kaya.

Benda ni paling payah untuk kita yakinkan dalam diri kita sendiri. Allah pasti akan tolong. Kerana apa? sebab bila kita perlukan pertolongan dari Dia, kita nakkan benda tu cepat berlaku.

Yela, masa kau diuji baru kau nak tadah tangan minta tolong, tapi bila kau tak perlukan pertolongan kau buat sambil lewa. Lepas tu, bila ada masalah, baru kau ingat Allah dan minta Allah makbulkan segala permintaan kau masa tu jugak.

Cuba check Surah at Talaq ayat 2-4. Allah bagitau, siapa yang bertakwa kepada-Nya, Dia akan berikan jalan-jalan keluar daripada masalahnya dari jalan yang dia tidak sangkakan.




No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian