Mar 24, 2018

Perkara Mustahil

Aku selalu berfikir perkara yang mustahil. Kebiasaannya sebelum aku tidur. Banyak berfikir tentang perkara yang aku nak ianya tak berlaku. Ya. walaupun mustahil.

Kadang aku terfikir aku tak nak Humaira besar. Sebab,aku taknak kehilangan waktu kecilnya. Aku taknak kehilangan waktu manjanya dengan aku. Waktu merajuknya. Waktu dia membebel sendiri. Lepastu malu bila perasan aku perhati. Aku tak mahu benda tu berlalu.

Aku taknak orang yang aku sayang mati. Bila terfikir pasal kematian,aku rasa tak tenang. Terlalu banyak yang aku fikirkan. Contohnya,aku tak dapat bayangkan bila parents aku tinggalkan aku dan adik beradik. Aku rasa tak mampu fikir ke arah itu. Takut. Sedih.

Kalau boleh,aku nak mereka mereka yang aku sayang sentiasa ada dengan aku.

Mungkin otak terlalu banyak berfikir soal kesedihan.Soal rezeki.Soal kehidupan yang sentiasa menghimpit. Kewangan yang sampai ke hari ini samar-samar. Soal anak yang cepat membesar.

Betul kata ustaz. Dunia bila difikirkan,kita akan sentiasa merasa kekurangan. Tak pernah cukup. Tak pernah puas. Tak pernah. Yang miskin nak kaya. yang kaya nak lagi kaya. Yang cerdik nak lagi cerdik. Macam-macam.

Semalam,ibu peluk. Sambil nangis. Aku bagitau sat lagi lama lah nak jumpa dia. Sebab dia dok Sabah,aku disini. Ibu bisik something yang aku rasa tersentuh. ‘kau yang tinggalkan ibu sendiri disana. Ingat tak?Lepas F5 aku sambung F6, masa tu aku tinggal di asrama. Balik rumah boleh dikira. Lepas F6,terus sambung di upm dan tinggal disini sampailah adanya Humaira dan Rumaysa.

Sedih..Ntah payah nak explain disini.

Dan disebabkan study juga,aku terlepas waktu kecik adik bongsuku. Yang dulu masih takb bersekolah lagi. Tak reti bercakap,tup-tup dan habis spm. Mungkin sebab tu aku tak nak terlepas sikit pun waktu kecik anak-anak aku.Biar orang lain kata terlalu manjakan anak. Aku tak kisah.

Sebab aku tak nak waktu berlalu sia-sia.

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian