Jul 17, 2017

Ke hati..,

Semahunya aku ingin berteriak,
Biar semua orang dengar,
Biar semua orang tahu,
Biar hati aku puas,
Biar hati aku kosong dari segala sesak,
Yang mereka-mereka cipta.
Ya, mereka cipta,
Agar aku dan dia nampak bahagia,
Nampak gembira,
Nampak ceria,
Perfect!
Tapi, bahagia itu bukan untuk aku atau pun dia,
Cuma dimata mereka saja.
Aku cuma ingin biarkan dia sendiri,
Berdiri atas kemahuanya,
Tanpa perlu dipapah dengan kasar,
Tak perlu!!
Dia tidak perlukan semua itu,
Dia sudah cukup besar untuk berfikir,
Tidak cukupkah lagi dia terbelenggu?
Dalam senyum hati merana,
Kau tak perasan?
Aku melihat dia 'sakit',
Aku melihat dia dari segala sudut dan aku faham,
Ya sangat faham,
Kau, kau dan kau takkan faham,
Walaupun kau cuba untuk memahami kau tetap tidak akan faham,
Kau tidak pernah akan membantu tapi hanya menyakiti,
Kerana dia juga punya hati,
Dan dia berhak untuk memilih hidup dia harus bagaimana,
Bukan dia saja,
Bahkan semua orang berhak untuk memilih,
Memilih untuk terus hidup dalam dunia yang sangat kejam,..

1 comment:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian