Dec 27, 2015

Apa itu kejayaan?

Ramai orang tahu apa itu kejayaan. Tapi berdasarkan pemahaman mereka yang berbeza. ok kita letak ke tepi pandangan orang lain. Sekarang aku nak tulis apa yang aku faham.

Kejayaan merupakan matlamat akhir. Contohnya kau belajar dalam bidang kedoktoran. Sebab utama kau nak jadi dokto pakar misalnya. Bila kau dapat jadi doktor pakar, maka itu adalah kejayaan kau.

Kejayaan bagi aku lebih luas.

Misalnya aku belajar nak jadi pakar alam sekitar. Tapi tetiba menongkah arus jadi petani. Walaupun ramai yang pandang sinis aku jadi petani. tapi bagi aku itulah kejayaan yang aku capai.

Sebenarnya setiap orang yang menyambung pelajaran, tak kisah diploma, stpm, sijil, degree atau master bahkan PHD pun matlamat akhir depa adalah untuk mendapatkan pekerjaan yang bergaji lumayan. Betulkan?

Pernah kau dengar mereka yang bersusah payah belajar tinggi itu hanya semata-mata minat? Kalaupun depa minat bidang tu, tapi itu bukan matlamat utama.

Maka bila mendapat gaji yang besar adalah titik matlamat akhir, jadi kenapa perlu pandang sinis orang berkerja sebagai petani? Kemungkinan gaji yang kau dapat sebulan tu terlalu kecil berbanding apa seorang petani perolehi?

Kejayaan itu perlu berbalik kepada tuan empunya diri bukan mereka yang mengkritik. Mereka yang kritik hanya berdasarkan pemerhatian depa secara luaran.

paham?

ps : Kejayaan yang utama sebenarnya bila kau dapat bahagiakan keluarga engko, ibu ayah engko..Bukannya kejayaan sebab dapat menunjuk dengan orang lain apa yang kau perolehi..

1 comment:

Unknown said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian