Oct 18, 2015

Hak milik..

Kau perati, bila sesuatu tu hak milik kau, semahunya kau jaga elok-elok. takkan biarkan orang lain usik sedikit pun. Atau kau jenis yang tak kisah?

Begitu juga dengan anak. Semahunya kau nak didik dia ikut acuan kau. yang kau yakin itu adalah yang terbaik. Mungkin orang lain akan bagi nasihat atau pendapat bagaimana untuk menjaga atau mendidik. Tetapi semua itu berbalik kepada diri kau untuk didik anak harusnya bagaimana.

Rasa rimas tak bila orang lain cuba untuk decide semua benda tentang bagaimana untuk kau mendidik anak? Kalau tak rasa rimas sah kau ni jenis tak sayang anak. haha.

Aku begitu. rimas.menyampah. dan rasa macam ' eh kau boleh diam tak? anak kau ni pun perangai macam syaitanirrojim, takkan nak ikut cara kau didik?'

Bagi aku, kau boleh nasihat. Kau boleh bagi idea. Kau boleh bagi cadangan. Kau boleh bagi segala ilmu dan petua turun temurun nenek moyang kau bagaimana menjaga anak menjadi soleh atau solehah. (Walaupun secara realitinya orang lain melihat kau fail menjaga anak kau sendiri). Tapi samaada orang yang kau nasihat itu nak terima segala petua turun temurun itu terserah kepada dia, kerana kelak yang akan dipertanggungjawab segala hal adalah dia, bukan kau.

Jadi tak perlu terlalu memaksa atau ingin orang lain mencontohi kau bagaimana untuk menjaga anak. Mungkin kau rasa cara kau adalah yang terbaik. tapi bagi orang lain cara kau itulah paling bodoh pernah dia dengar. ya mungkin.

Nasihat aku, nak jadi anak seperti Muhammad saw, kau kena menjadi contoh kepada dia. Tapi kalau kau berperangai syaitanirrojim, tapi nak anak kau jadi baik, itu satu perkara yang bukan mudah.

Serah kepada Tuhan. Dia  adalah sebaik-baik perancangan..

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian