Dec 29, 2014

Mengejar mimpi.

Ramai yang suka mengejar mimpi. Mereka mengejar tanpa lelah. Kerana apa? kerana mimpi itu selalunya indah. Jarang tidak. Kalau ada mimpi buruk, itupun sekali sekala.

Aku juga begitu. Aku suka bermimpi. Aku suka bermimpi yang indah. Kerana terkadang hidupku dibelit dengan sedikit kepayahan. Semahunya aku ingin bermimpi yang indah. Biar tenang.

Mengejar mimpi bagi aku adalah satu sikap yang wajib. Bukan hanya kepada aku, tapi kepada siapa saja. Kau atau kau atau kau. Semua perlu mengejar mimpi. Kerana mimpi yang sekadar mimpi adalah angan-angan kosong. Tapi mimpi yang boleh digapai adalah kejayaan. Menurut aku begitu.

Kalau dihitung berapa banyak mimpi aku ada, mungkin lembaran ini tak mencukupi. Atau mungkin saja kamu akan menghabiskan masa berjam-jam menghayati tulisan kosong ini.

Bermimpi itu normal, yang tak normal bila kau bermimpi dan terus berkhayal tanpa berbuat sesuatu pun untuk kau benar-benar merasai apa yang kau impikan. oh lupa, mimpi disini bukan bermaksud kau tidur dan kau bermimpi. Mimpi disini ialah bagaimana fikiran dibawah sedar mu melayang ketika itu kau mungkin tengah berak, atau kau tengah memandu atau mungkin ketika kau tengah mengorek hidung.

Jangan terlalu berharap dengan mimpi tanpa melakukan apa-apa usaha. Misalnya kau mengimpikan menjadi seorang yang kaya, tapi dalam masa yang sama kau seorang yang malas untuk mencari pekerjaan.

Berdoalah..

ps: Teringat dulu impianku nak jadi seorang penulis..ntah kemana mimpi tu lari. Kalau jumpa tolong suruh dia balik. kahkahkah

1 comment:

Anonymous said...

Rase rase ade tak mimpi yang tak boleh dikejar?

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian