Dec 29, 2014

Agama dan Hiburan..,

Ada orang berpendapat, menarik orang awam dekat kepada agama, tidak kisah guna medium apa pun. Janji mereka mendekati agama.

Bagi aku pendapat ini adalah pendapat yang sangat dangkal. Ya sangat dangkal. Mana mungkin kita menggunakan medium yang tidak terbatas oleh syarak semata-mata untuk menarik orang awam mendekati agama? Kalau begitu kaedahnya, sungguh punah agama.

Adakah untuk mendekatkan mat rempit kepada agama kita perlu ikut merempit? atau menyogok mereka dengan motorsikal atau sebagainya?

atau,

Adakah untuk mendekatkan orang awam yang minat gilak babi kepada hiburan dengan menyogok mereka dengan hiburan semata-mata biar mereka tertarik dengan agama?

Kalau kuantiti yang kita cari pasti kualiti itu tiada.

Dekatkan sesiapa dengan agama harus kembalikan kepada agama. Walaupun sikit yang mungkin dekat, tapi berkualiti. Boleh tahan lama. Tapi kalau dengan sogokkan duniawi, nescaya habis program maka kembalilah mereka kepada asal mereka.

"Nak baikki pokok harus pada akarnya"

Kalau benar kaedah mengikuti ' selera masyarakat' ini adalah kaedah yang baik, kaedah yang berkesan, NESCAYA Nabi saw dan para sahabat telah mengikuti abu jahal dan sekutunya yang penuh dengan maksiat dan hiburan..

Jangan terpengaruh bilamana ada sesetengah pak lebai yang mengajak bernyanyi, atau bersyair dengan berjenamakan islam. Kerana Islam tidak pernah begitu. Tidak pernah Nabi dan para sahabat mengajar untuk bersyair atau berqasidah sebagai kaedah untuk mendekatkan orang ramai kepada agama.

Syarat amalan itu diterima ada dua
1. Ikhlas kerana Allah swt
2. Ittiba yakni mengikuti segala apa yang telah ditinggalkan Nabi saw..

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian