Sep 20, 2013

Bagaimana kamu mampu berjaya dengan mudah.

Alhamdulillah. Segala puji kepada rabbul alamin kerana dengan izinNya aku semakin hampir menghabiskan perguruan. Bukan seni persilatan, tapi seni mengkaji hutan. Dan semakin hampir ke garisan penamat.

Sekarang aku juga tengah sibuk dengan urusan penulisan yang terakhir. Melengkapkan apa yang kurang dan memastikan segala maklumat mencukupi. Sambil itu, aku juga tengah mencari kerja.

Cerita bab kerja, baru aku rasa tekanan yang rakan rakan rasai kerana tidak memperolehi kerja walaupun setelah berjuta juta resume terbazir, berjuta juta gambar berukuran pasport disebarkan. Payah. Rasa tertekan dan kecil hati. hahaha.

Sebenarnya aku ada dua pilihan yang aku rasa kukuh untuk aku ambil selepas ini. Pilihan ini sebenarnya telah lama aku fikir dan aku rasa memang patut aku ambil. Benar kata mereka, bukan mudah untuk jadi dewasa.

Banyak betul perkara yang perlu dipertanggungjawab. Daripada hal keluarga sendiri, ibu bapa, adik beradik, sampai ke urusan diri sendiri, kerja, kemudahan diri dan sebagainya. Pening bila difikir. Rambut yang lebat juga bisa rontok, bilang indon.

Samaada aku sambung terus pengajian atau bekerja dahulu lepas tu baru sambung secara sambilan. Itu semua sudah aku perkirakan. Mengambil kira pelbagai aspek dari sudut pandangan ibu aku dan juga pandang aku sendiri. Dan sekarang aku berusaha untuk terus kedua duanya, biar Allah menentukan kemana aku selepas ini.

Sebenarnya untuk kerja aku memang sangat stress untuk memikirkannya. Jujur aku memang payah untuk bekerja office hour 8-5. Serius. Aku sudah merasa seperti berada di penjara bila terpaksa mengikut waktu orang lain sedangkan aku juga punya waktu. Ya ini mungkin pendapat aku. Kamu mungkin lain.

Dulu aku pernah berkerja dan aku tahu rasa 'nikmat'nya macam mana. Hanya nikmat bila akhir bulan. Bila gaji sudah masuk. ha ha ha. Daripada 10 orang yang aku kenali, 9 daripada mereka juga mengeluh dengan kerja, tidak tahan dan sebagainya. Jadi, bagi aku apa yang aku rasa memang sangat real dan semua orang merasainya.

Dalam masa 5 tahun aku berharap aku mampu menjadi usahawan dan juga sebelum umur aku mencecah 35 tahun aku sudah punya title dokter. in sha Allah.

Bila orang kata kita selalu berangan, selalu ingin jadi mat jenin, biarkan. Jangan jadikan itu alasan untuk kita bantutkan segala apa yang ada dikotak fikiran. Mungkin bukan sekarang masa untuk kau terjemah dengan usaha, tapi kau boleh usaha dahulu dengan doa semoga segala persiapan, perancangan menjadi.

Bagi aku, usaha itu hanya 10 peratus menentukan kejayaan kita. 90 peratus lagi datang daripada bantuan Allah. Tak percaya? Cuba perati mereka yang berjaya menjadi usahawan, kebanyakkan mereka gagal dalam bidang mereka tapi Allah yang menentukan mereka berjaya.

Jadi jangan pandang rendah dengan Doa. Doa yang benar benar yakin, doa yang benar benar penuh pengharapan in sha Allah akan dimakbulkan Allah. Bila kita imani tiada tuhan yang disembah melainkan Dia dengan penuh tawaduk, dengan penuh yakin, tiada siapa mampu menghalang daripada Dia menolong kita.

Ingatlah ketika Nabi Ibrahim dicampak didalam unggun api. Bila tiada siapa yang mampu membantunya lagi,apa yang baginda lakukan? kepada siapa baginda memohon pertolongan? ingatlah bila Nabi yunus ditelan ikan, kepada siapakah baginda memohon pertolongan bila tiada makhluk mampu membantunya?Ingatlah ketika Nabi Musa dan pengikutnya dikejar firaun, ketika mereka  sampai ke lautan yang tiada jalan lain selain akan mati dibunuh firaun, kepada siapakah dia memohon untuk membantu menyeberangi laut itu dengan membelahnya? Bukankah semua itu atas pertolongan Allah yang esa?

Kamu ingin bukti apa lagi bila semua telah Allah tunjukkan kekuasaannya didalam kitab alquran?

Ingat baik baik. Doa itu juga merupakan usaha yang sangat ampuh. Carilah Dia dalam keadaan apapun. Sebab itu bila aku masih begini dan rakan aku sudah berjaya dan itu ini, aku hanya mampu berdoa semoga mereka terus berjaya dan aku juga mampu ikut seperti mereka.

Aku yakin dan sangat yakin setiap orang itu sudah Allah peruntukkan rezeki masing masing. Tidak perlu cemburu. Tidak perlu iri hati. Tidak perlu rasa tercabar dan tidak perlu putus asa. usaha dan usaha selangi dengan doa munajat kepadaNya, pasti kamu juga berjaya, atau lebih dari berjaya.

Pokok asalnya lambat atau cepat saja ianya berlaku dan sabar atau tidak saja kamu istiqamah berusaha untuk terus berjaya. Jangan pandang rendah dengan orang lain, kerana itu kunci kepada kegagalan kamu!!

Ubah diri jadi optimistik dengan Allah. Yakin dengan Allah.

Kamu berjaya bila kamu berserah diri denganNya. Tapi kamu akan gagal dan terus menerus akan gagal, bila kamu melupakanNya walau sesaat dengan alasan kamu sibuk berusaha untuk berjaya.

Kamu sengaja melambat lambat solat kerana kerja kamu misalnya. Sedangkan kamu boleh saja meninggalkan kerja itu sebentar. Dan kamu tak datang berjemaah kerana konon sibuk dengan kerja, sibuk dengan tugasan misalnya. Padahal kamu cuma perlu bagi masa 10 ke 15 minit untuk ibadah itu.
Mari periksa kembali diri.

Jangan risau bila kamu kurang daripada orang lain. Kamu harus risau bila kamu tidak ingat Dia ketika kamu lapang. Kerana kunci kejayaan itu seperti aku ingatkan sebelum ini adalah Allah. Bukan usaha kamu semata mata, tapi kerana Allah mengizinkan kamu itu berjaya.

Ada orang bila berjaya, bila dia dapat mengumpul duit yang banyak, dia mula melupakan siapa yang memberikan rezeki itu. selepas itu dia mengalami kerugian dan akhirnya bangkrap. Apa guna?

'Kalau kamu kejar dunia, dunia dan akhirat akan lari dari kamu. Tapi bila kamu kejar akhirat, bukan sahaja dunia kamu perolehi, malahan akhirat juga bisa kamu takluki.'

Semoga artikel ini menjadi pembakar hati aku dan kamu untuk meletakkan Allah ditempat yang tertinggi dihati kamu. Imanilah kalimah tiada upaya melainkan Dia tuhan sekalian alam dengan penuh yakin dan istiqamah.

-wa-

1 comment:

Anonymous said...

Selamat berusaha!!

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian