Jun 2, 2013

Yasin malam jumaat..,

Hadith berikut yang sering dijadikan dalil oleh sesetengah pihak untuk menetapkan amalan membaca surah Yasin pada setiap malam Jumaat:

ﻣَﻦْ ﻗَﺮَﺃَ ﻳﺲ ﻓِﻲ ﻟَﻴْﻠَﺔِ ﺍﻟْﺠُﻤُﻌَﺔِ ﻏُﻔِﺮَﻟَﻪُ .

Maksudnya:

“Barangsiapa membaca surah Yasin pada malam Jumaat maka akan diampuni dosa-dosanya.”

Maka ia adalah hadith yang palsu (maudhu’) kerana di dalamnya terdapat perawi bernama al-Aghlab bin Tamim. Beliau ialah seorang perawi yang terkenal di dalam meriwayatkan banyak hadis-hadis mungkar (mungkarul
hadith).

Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani rahimahullah pula mengklasifikasikan hadis ini sebagai hadis yang sangat lemah (dha’if jiddan) sebagaimana yang tersebut di dalam kitabnya, Silsilah al-Ahadith adh-Dha’ifah
(no. 5111).

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian