Jun 2, 2013

Ada namanya Syaitan Islam? Seperti mana tidak ada Syaitan Islam, begitu juga tidak ada muzik Islam.




Kembali kepada hukum muzik, perkara ini diperselisihi sejak zaman berzaman. Daripada Ibnu Hazm Al-Andalusi yang mengkritik hadis mu’allaq di dalam Sahih Bukhari. Hadis mu’allaq adalah hadis tanpa sanad yang tergantung, disandarkan secara langsung sabda Nabi daripada sahabat. Di sisi ulama hadis, secara asalnya hadis mu’allaq merupakan hadis yang lemah dan tidak boleh diguna pakai. Tetapi ada hadis yang Imam Al-Bukhari bawa secara mu’allaq di dalam Sahihnya, antaranya adalah hadis pengharaman muzik.

Maka Ibnu Hazm Al-Andalusi yang merupakan ulama kurun ke-3H mengatakan bahawa hadis ini mu’allaq, dhaif dan tidak boleh dipakai. Dia di antara ilmuan Islam pertama yang menolak hadis-hadis mu’allaq dalam Sahih Bukhari, antaranya hadis Al-Ma’azif, di mana Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,

لَيَكُونَنَّ مِنْ أُمَّتِى أَقْوَامٌ يَسْتَحِلُّونَ الْحِرَ وَالْحَرِيرَ وَالْخَمْرَ وَالْمَعَازِفَ

“Benar-benar akan ada di kalangan umatku kaum-kaum yang menghalalkan zina, sutera (bagi lelaki), khamr (arak), dan muzik.” (Riwayat Al-Bukhari dengan lafaz yang jazm/tegas)

Apabila dikatakan “akan ada di kalangan umatku satu kaum yang menghalalkan muzik” ini menunjukkan bahawa hukum muzik itu adalah haram pada asalnya.

Sambung baca disini : Ustaz Fathul Bari dan Ustaz Idris

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian