Apr 5, 2013

test test..,

Assalamualaikum,

kehkeh

dah lama berbelog ni, aku rasa ni pestime aku bagi salam. Biasa terus je ke isi, terus je ke carutan dan sebagainya. Tapi tadi aku ada buat lawatan tak rasmi ke beberapa belog, dan kebanyakkannya mereka bagi salam.

Bagus. Mendoakan orang lain. so aku try la jugak jadi macam beloger-beloger ni. even aku tengok kebanyakan umoq depa masih kecik (ye la tengok gaya tulisan dan hiasan dalam belog yang blink2 gitu) tapi the point is depa bagi salam. Tak macam aku kehkehkeh..

Sebenarnya untuk berbelog, bukan hiasan belog menjadi daya tarikan orang untuk baca. Tapi  bagi aku adalah isi apa yang dia nak tulih. Bagi aku lah tak tau plak orang lain. Rambut sama hitam, hati lelain kan?

Sebenarnya aku just nak cuba bagi salam je untuk post sekarang ni. dan sekarang aku dah tak tahu nak tulis pasai apa pun. oh ye sekarang ni musim nak mengundi, jadi buat pilihan yang sebaik mungkin.

Undi ni tanggungjawab kita memilih pemerintah yang boleh dipercayai membantu kita. undi calon yang berwibawa bukan calon yang tak reti buat kerja tapi tahu bercakap saja. atau tahu berjanji bulan dan bintang tapi tin kosong.

kalau ada masa nak menilai partai yang ada sekarang ni, rajen-rajen kan search manifesto depa semua ni masa pru12 ke, pru11 ke, tengok prestasi depa ni menunaikan janji. Jangan tahu menabur ayaq lior basi je.

Korang sebagai pengundi kena semat sikit, jangan bila dia janji sikit dah percaya, padahal rekod dia sebelum ni hampeh nak tunaikan janji. Tunjuk muka kawasan dia pun setahun sekali.

kesimpulannya, mengundilah tanpa ada paksaan. Jangan ada lagi isu kau undi mana-mana partai boleh masuk syurga ke hape, bulih buat pahala ke hape. Jangan. jangan korang nak jadi PA Allah.

sekian..,
Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian