Apr 5, 2013

Penutup segala kecelaruan..

Bila kita berusaha untuk sesuatu yang kita ingin, kita nak, kita akan berusaha sehabis mampu. Kalau boleh segala kudrat kita akan gunakan untuk merialisasikan apa yang kita inginkan.

Itu adalah usaha atau bukti bahawa kita betul-betul nak apa yang kita nak, apa yang kita inginkan, apa yang kita perlukan. Tapi bila usaha sekadar mampu, dengan sengaja mencari jalan untuk memberi alasan. Bagi aku itu tidak dikira kita berusaha sebaik mungkin.

Tapi, bila kita dah usaha, tapi gagal juga. kita cuba sekali. Gagal. Kita cuba lagi untuk kali kedua. Gagal. Kita cuba lagi untuk kali kita, juga gagal dan seterusnya masih juga gagal untuk kita pertahankan.

Jadi, atas perkara apakah lagi kita berpura-pura untuk tidak melihat sign daripada Allah itu? atas perkara apakah lagi untuk kita tidak beriman bahawan setiap sesuatu Allah yang tetapkan. Allah telah tentukan.

Berusahalah 1000 juta tahun, kalau Allah tak perkenankan, semua hanya akan sia-sia. Jadi jangan berusaha membuta tuli. Lihatlah sign daripada istikarah mu. Mungkin itu bukan yang terbaik untuk kau lakukan..

Berhentilah untuk risau, berhenti untuk bersedih, berhenti untuk takut merasa kehilangan sedangkan setiap perkara itu Allah telah tentukan dengan baik. Mungkin bukan disitu untuk kau mendapat kebahagian. Bukan disitu untuk kau gembira. Berhenti memberi peluang kepada orang lain dan beri peluang diri untuk membuat pilihan.

Allah ada. Serahkan segala kepadaNya..

Belajar untuk berlapang dada atas musibah dan itu merupakan rahmat yang akan memberi kelapangan hati. Tenteramkan hati dengan Allah. Biar mereka mendustai sekalipun segala janji dan nikmat, Allah pasti tetap ada bersama.

Belajar untuk yakin bahawa Allah maha adil..

If my time would end today would I be ready to go?
And leave all the things I've worked so hard for
And all my friends and everyone I've known?
Never did I ever stop for a moment to think
Of what's staring at me
I've been breaking all the mirrors of reality
Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian