Apr 7, 2013

Siapa kita untuk tentukan?

Setiap kejayaan itu bukan semata-mata atas usaha kita sendiri, tapi kerana Allah. Kerana Allah yang perkenankan. Kerana Allah ada membantu. Perkara ini yang kita harus tanam dalam diri

Pelbagai benda aku rancang. Dari cerita hidup berumahtangga, sampai cerita menjadi usahawan berjaya. Aku tahu, aku hanya mampu berusaha dan rancang dengan baik. alih-alih, aku yakin yang memakbulkan semua ini bukan hanya kerana usaha aku, tetapi kerana Allah.

Ini salah satu rukun iman yang kita percayai. Ingat? percaya qada dan qadar ketentuan Allah.

Tadi aku pergi majlis pertunangan rakan. Alhamdulillah semua sudah selamat. Tinggal separuh jalan lagi untuk menyempurnakan kehidupan. Honestly, aku jeles. Sangat jeles. kehkeh.

Yela, bila tua ni, tengok rakan bahagia sure akan rasa jeles. Tak banyak pasti ada sedikit. Aku bukan tak usaha. aku dah usaha, aku dah iktihar untuk mempercepatkan segalanya. Aku doa, aku doa dan aku doa. Semoga giliran aku akan cepat sampai. InshaAllah. Berdoa itu juga merupakan usaha. Itu perlu ingat.

Ok cukup pasai bab kahwin bertunang. Semoga mereka bahagia dan cepat nikah.

Berbalik kepada isu yang aku nak cereta,bab beriman dengan qada dan qadar ni ramai yang fail. Aku bagi contoh, ramai yang kecewa bila tak dapat apa yang dia hajati, ramai yang sedih bila tak dapat dia inginkan, dan pelbagai lagi perkara yang kita kecewa bila kita tidak perolehi. 

Kekecewaan itu merupakan sebahagian daripada kepercayaan kita kepada Allah yang menentukan segalanya. Kalau Dia kata itu tidak boleh, maka itu lah terbaik.. biar hati kita, akal kita, perancangan kita melihat perkara itu adalah terbaik kalau Allah tak perkenan, Allah tak makbul, tetap perkara itu adalah bukan untuk kita. Jadi kenapa perlu risau?

Sama-sama kita bermuhasabah..terima kasih

3 comments:

Anonymous said...

semoga cepat bertemu jodoh

Kosong said...

Terima kasih doanya..hiks :)

Anonymous said...

tukar yang 'kosong' tu...jadi, sudah diisi, baru cepat dapat jodoh

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian