Apr 10, 2013

Pilihanraya..,

Bagi aku semua orang dah decide parti mana nak diundi. Samaada parti A atau B atau C atau Z. Pokoknya kempen tak kempen, semua sudah memilih mana undi yang mereka akan berikan. Cuma mungkin kawasan yang jauh daripada kemudahan internet mungkin perlu pancing-pancing undi. Mungkin.

Sekarang semua orang sibuk memancing undi, menabur janji, mengeshare anything yang dirasakan fakta yang perlu diketahui umum walaupun 'fakta' itu sebenarnya tidak diketahui betul atau tidak.

Aku, berdasarkan prestasi semua parti sebelum ni, masih lagi berpegang dengan pilihan sebelum ni. kehkeh..Bukan aku dibeli atau apa pun, tetapi ini atas keyakinan yang bernas.

Ramai berhujah konon perlu sokong islam, padahal kedua-dua parti adalah islam. Aku berpendapat, bukan brand islam yang diperlukan untuk mengubah masyarakat, tetapi perlunya kesedaran dan kefahaman yang betul tentang islam.

Cukuplah dengan politik undi parti ini masuk syurga, undi parti itu dapat pahala, undi parti sana masuk neraka dan sebagainya. Inilah politik jumud yang berkepentingan bukan untuk memartabatkan islam, tetapi semata-mata meraih undi simpati berdasarkan jenama islam.

Apa guna kita sokong jenama islam kalau diri sendiri jauh dengan islam? apatah lagi nak dekat dengan islam? Kita bacakan hadis nabi sahih pun kita boleh pertikaikan menggunakan akal, bagaimana mungkin islam itu mampu tertegak?

Sebagaimana kita bersungguh-sungguh pergi ceramah politik, begitu juga kita perlu bersungguh-sungguh pergi kepada agama. Ingat ceramah politik itu bukan majlis ilmu, tetapi itu majlis meraih sokongan. Ilmu apakah yang kamu dapat dalam ceramah ilmu selain saling buruk memburuk antara satu dengan yang lain? saling maki memaki, umpat mengumpat?Saling fitnah memfitnah? Malaikat manakah yang ingin duduk 'dimajlis ilmu' sebegitu?

Jangan kita bersemangat untuk tegak negara islam dalam negara, tetapi menegakkan islam dalam diri diabaikan?Jangan!

Sekian..,

5 comments:

Anonymous said...

https://fbcdn-sphotos-g-a.akamaihd.net/hphotos-ak-snc6/s480x480/246678_285608168220675_1733075501_n.jpg

Anonymous said...

macam mana nak laksana sedangkan dekat kelantan sendiri pun sekarang dah makin kurang sinar islam tu?takda bagi lesen premis judi tapi pelacuran semakin banyak disana?gejala sosial segala? macam mana nak laksana satu malaysia yg besar sedangkan negeri yg dia kuasai selama 20 tahun lebih pun masih suram?

macam mana nak laksanakan sedangkan dalam pakatan pun pas bukan mejority?sedangkan hudud pun takda dalam manifesto pru13 ni?

Anonymous said...

anda seorang yang perlu berhadapan dengan Tuan Guru Nik Aziz sendiri, baru anda akan lihat kebenaran nya... Jangan hanya tahu buat kesimpulan sendiri

Anonymous said...

kebenaran apa? bila plak aku buat kesimpulan?this is the fact..tak percaya boleh pegi lawat kelatan yang di terajui pas selama 20 tahun lebih tu..

satu persoalan pun awak tak jawab..

Kosong said...

semat

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian