Apr 9, 2013

Kejayaan..,

Semua orang nak berjaya. Semua orang nak jadi kaya cepat. Semua orang nak rasa pegang duit juta juta, boleh beli rumah, boleh beli kereta, boleh beli the latest gajet yang paling canggih. Pokoknya semua orang nak berjaya.

Namun berapa orang yang mampu untuk berusaha untuk mendapatkan apa yang dia inginkan? berapa ramai yang sanggup bersusah payah  berhempas pulas untuk mendaki tangga kejayaan? berapa ramai yang sanggup gagal sebelum berjaya? itu menjadi persoalan.

Aku juga begitu.

Seperti orang lain, aku juga ingin berjaya, ingin banyak duit, ingin kaya, ingin segala kesenangan. Dan aku tahu semua itu tidak akan datang bergolek. Semua itu perlu pengorbanan masa, wang tenaga dan sebagainya. semua itu perlukan istiqamah, perlukan semangat yang cekal.

Bukan bila berlaku halangan, mula give up. Bukan bila berlaku sedikit kepayahan mula merasa perlu menukar arah. Bagi aku, itu bukan ciri-ciri orang yang ingin berjaya. Tetapi itu ciri-ciri orang yang tiada pendirian. Tiada keinginan. Hanya ada semangat, tetapi gagal sebelum berusaha.

Cuba periksa latarbelakang mereka yang telah berjaya. Pasti telah melalui kegagalan.

Jadi, nak berjaya ini, bukan hanya semangat sahaja diperlukan, tetapi usaha yang bersungguh-sungguh lagi diperlukan. Terlalu banyak cerita orang yang telah berjaya boleh kita baca. dari satu stage, hingga ke stage kejayaan mereka itu, ada banyak perkara yang kita boleh pelajari.

Semoga Allah permudahkan segalanya..,

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian