Apr 25, 2013

Pandangan..

Aku pelik dan semakin pelik. Bukan akhir-akhir ini, tapi memang sejak dari dulu lagi, banyak aktiviti keagamaan di unibersiti selalunya menjemput artis-artis untuk memberikan ceramah agama, memberikan motibasi dan sebagainya.

Pelik.,

kebanyakkan tajuk yang mereka selalu bawak adalah berkisar soal cinta, soal rumahtangga, soal suami isteri, soal kekasih dan mengasihi. EWhat??adakah ini yang mereka ingin hidangkan kepada bebudak unibersiti yang sememangnya ketagih dengan benda sebegini?

Adakah dengan menyuap mereka dengan fantasi cinta berumahtangga itu akan membawa mereka lebih dekat kepada islam atau lebih menggalakkan mereka kepada mereka untuk mendekati soal cinta dan hati itu?

Kenapa tidak ketengahkan perkara basic dalam agama yang lebih penting dan sangat penting untuk mengubah dan mengajar didik pelajar unibersiti seperti soal solat, soal mengenal Nabi, soal sunnah, soal dosa pahala, dan pelbagai lagi perkara pokok yang ramai mereka tidak tahu dan tidak faham. kenapa?

Aku keliru, apakah objektif sebenar mereka yang menganjurkan majlis seumpama ini? Nak orang lain berubah, perlu kembali kepada asas agama iaitu tauhid, tauhid dan tauhid. Bila kita faham itu, perkara lain kita akan mudah faham.

Instead panggil golongan artis, kenapa tidak panggil saja cendikiawan agama? ilmuan agama yang lebih pakar, lebih mahir soal ini? adakah objektif untuk menarik lebih ramai audience itu lebih penting daripada isi dakwah yang ingin disampaikan? Mana nilai ilmu jika orang yang tidak mahir diberi peluang sedangkan mereka yang layak diketepikan???

Adakah pelajar unibersiti ini memang sangat ketagih artis? adakah perubahan yang mereka lakukan itu cukup untuk memberi pengajaran kepada orang lain secara literal sedangkan soal ilmu agama tidak diajarkan?

Ya, ini salah satu dakwah, tapi kenapa kita tidak cuba dakwah yang lebih baik seperti berkaitan dengan mentauhidkan Allah? soal ibadah segala?

Aku bosan melihat golongan artis yang banyak mewarnai majlis ilmu sedangkan para ilmuan yang lebih berkelayakan tidak diberi peluang. Kalau sekadar untuk menarik lebih ramai pengunjung, lebih ramai pelajar untuk datang ke majlis tersebut, lebih baik panggil saja Johan, kerana dia lebih baik untuk menarik ramai orang, dan juga tahu bercakap soal cinta, soal hati, soal rumahtangga...

dan lebih baik panggil mualaf yang baru masuk islam berbanding artis yang baru mengenal dan tertarik dengan islam itu jika objektif  majlis tersebut untuk berkongsi perubahan, berkongsi pengalaman bagaimana boleh mengenali islam...

Ini sekadar pandangan sebagai mereka yang sangat bosan dengan budaya memanggil artis berceramah berbanding golongan agama!!

3 comments:

Anonymous said...

aku forwardkan ni ke si arbaeiyah abadi..

Anonymous said...

nak bagi orang ade kesedaran kene panggil orang yang baru berubah cerita pengalaman kenapa berubah.

Kosong said...

Nak kesedaran pegi panggil ustaz bukan panggil artis segala dan pakat2 panggil mereka ustaz lah, ustazalah..

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian