Apr 8, 2013

Idea..

Tadi aku dok selak twitter. Lepas tu aku terbaca apa yang ditulis oleh wardina soal peratus pasangan yang bercerai semakin tinggi di Malaysia. Aku baca seimbas lalu, jadi aku tak tahu dari mana sumber fakta.

Tapi aku tetap terasa nak memberi idea kenapa dan bagaimana keadaan ini boleh berlaku.

Ramai berpendapat faktor umur memainkan peranan penting dalam menyumbang kepada fenomena kahwin cerai ini. Tapi melalui segala bacaan dan pemerhatian aku, mereka yang bercerai itu bukanlah datang daripada golongan muda, tetapi hampir separuh daripada mereka datang daripada golongan yang telah berusia.

Jadi untuk mengatakan faktor umur  adalah penyebab utama adalah salah. dan aku sangat tidak bersetuju.

Faktor utama terjadi perkara seumpama ini adalah banyak dipengaruhi dengan kekuatan pegangan agama yang ada antara kedua pasangan. Bagi aku, faktor ini adalah sebahagian faktor terbesar menyumbang kepada perceraian berbanding faktor umur.

Orang yang ada agama, akan tahu batas-batas yang perlu dipatuhi didalam berumahtangga. Tak kira dalam aktiviti seharian, bersosial dan sebagainya. Kerana faktor ini yang menjamin keutuhan sebuah rumahtangga. Isteri menjaga diri untuk suami, begitu juga sebaliknya kepada suami. Mereka akan menjaga hubungan dengan rakan mereka agar tidak menimbulkan fitnah atau memupuk perasaan kasih pula kepada orang lain. Faham maksud aku?

Jadi faktor umur tidak memberi kesan jika mereka tahu agama, batas syarak segala yang berkait dengan hubungan berumahtangga.

Islam itu sudah cukup memberi guideline kepada penganutnya atas apa perkara sekalipun even dalam bab bersuci. Tapi kalau ada faktor lain yang tak dapat dielakkan untuk bercerai (seperti mandul,dan sbgnya), itu sudah semestinya kita kembali kepada Dia yang menentukan. beriman kepada qada dan qadar ketentuanNya.

Gejala seperti curang, skandal dan sebagainya yang membuka kepada jalan perceraian dapat dielakkan jika kita tahu menjaga agama, tahu apa yang tidak boleh dan boleh dilakukan. Jangan kata itu "bukan kehendak diri" kenapa ianya terjadi, tetapi dalam masa sama korang yang pergi layan lelaki/perempuan lain, korang yang pergi berjumpa2, dating dan sebagainya dengan lelaki/perempuan lain, korang yang bagi peluang perasaan itu dipupuk, korang yang menipu pasangan sendiri. Mana mungkin orang yang tahu dan faham agama akan berbuat seperti ini?Tidak mungkin. kan?

Seperti aku kata, faktor luaran adalah penyumbang kepada gejala ini, bukan kerana dek telah tiada kasih, telah tiada sayang, telah tiada kesefahaman yang selalu diberikan sebagai alasan kenapa perceraian ini berlaku,tetapi sebenarnya perkara itu berlaku disebabkan korang sebenarnya dah ada orang lain, korang dah menipu pasangan anda in the first place, yang mula2 konon sekadar suka-suka yang akhirnya menimbulkan fitnah kepada keluarga sendiri.

Bebaliklah kepada Allah bila terjadi sesuatu fitnah kepada diri. Muhasabah dan lihat diri sendiri dahulu sebelum menuduh salah kepada orang lain.

Ya Allah semoga fitnah ini terhindar kepadaku dan kepada semua orang juga..

2 comments:

Anonymous said...

semua perkara akan berbalik kepada agama....

Kosong said...

kan

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian