Mar 25, 2013

Tablis Iblis yang harus dijauhi..,

Aku semakin tidak faham. Semakin hari, semakin ramai pengikut Muhammad saw yang cenderung mengikuti ajaran agama lain. "Tanpa mereka sedar'. Ini bukan perkara baru, kerana ulamak terdahulu telah lama berhujah tentang hal ini.

Aku sangat pelik bila ada orang menari sambil berzikir. Aku tak tahu jenis tarian apakah, tapi aku melihat mereka syok dan seronok menari sambil berzikir, yang mirip lagu-lagu daripada syiah yang memuja muji ahlul bait secara berlebihan. (Mungkin akan ada yang berhujah, ilmu aku tak cukup untuk memahami mereka. Maka sila fahamkan aku).

Ya aku sungguh jahil masih lagi mencari ilmu untuk bekalan tapi apa kata Allah:

dan jauhkanlah diri dari orang-orang yang menjadikan agama mereka sebagai permainan dan hiburan...” [al-An’am: 70].

“dan tiadalah sembahyang mereka di sisi Baitullah itu melainkan bersiul-siul dan bertepuk tangan...” [al-Anfal: 35]....”


Aku terfikir, mungkin lepas ni, akan ada kumpulan yang akan berhip hop sambil berzikir, akan ada yang menari gangnam style sambil berzikir dan pelbagai lagi jenis tarian. Nauzubillah, semoga Allah melindungi kita  semua daripada  tipu daya iblis.

(ihsan facebook, sekadar hiasan)

Dulu, aku ada seorang rakan Non-muslim. Dia aktif berdakwah untuk agamanya. Dan antara asas dakwah mereka adalah melalui lagi ketuhanan dan setiap Ahad, dia pasti akan berkonsert (istilah yg dia selalu gunapakai). 

Dan aku melihat, muslim era kini sudah mulai mempromosi nyanyi-nyanyian segala. Konon sebagai satu zikir.

Lihat apa kata Imam besar kita :

al-Imam al-Syafii r.h [w.204 H]:

Beliau berkata:

خَلَّفْتُ بِبَغْدَادَ شَيْئاً أَحْدَثَتْهُ الزَّنَادِقَةُ، يُسَمُّونَهُ التَّغْبِيْرُ، يَشْغَلُوْنَ بِهِ عَنِ القُرْآنِ

Maksudnya: “Aku tinggalkan di Baghdad sesuatu yang direka oleh kaum Zindiq mereka menamakannya al-Taghbir, mereka memalingkan dengannya daripada al-Quran”. [Siyar A’lam al-Nubala’, 10/91].

Imam al-Syafii telah menghukum mereka yang melakukan Taghbir sebagai ‘zindiq’ yakni munafiq kerana mereka menjadikan perkara maksiat sebagai ibadat. Tahukah anda apakah itu Taghbir?

قال الأَزهري وقد سَمَّوْا يُطَرِّبون فيه من الشِّعْر في ذكر الله تَغْبيراً كأَنهم تنَاشَدُوهُ بالأَلحان طَرَّبوا فَرَقَّصوا وأَرْهَجوا فسُمّوا مُغَبِّرة لهذا المعنى

Maksudnya: “Berkata al-Azhari: dan mereka telah menamakan orang-orang yang mendendangkan syair untuk mengingati Allah sebagai Taghbir seumpama mereka itu mendendangkannya dengan nada-nada tertentu lalu mereka mendendangkan pendengarnya dan menari-nari dan menimbulkan gerakan-gerakan maka dinamakan mereka itu mughabbirah berdasarkan makna ini”. [Lisanul ‘Arab,Ibn Manzur, 5/3]

Kemudian Imam al-Azhari membawa perkataan Imam al-Syafii r.h yang dinyatakan di atas menunjukkan bahawa inilah makna taghbir yang dikehendaki oleh Imam al-Syafii r.h.

وقال الزجاج سُمّوا مُغَبِّرين لتزهيدهم الناس في الفانية وهي الدنيا وترغيبهم في الآخرة الباقية

Maksudnya: “Berkata al-Zujaj: Dinamakan mereka ini Mughabbirin (pembuat Taghbir) kerana mereka menzuhudkan manusia daripada dunia dan merangsang mereka untuk mengingat akhirat”. [Ibid].

Al-Imam Ibn Kasir r.h mengulas kenyataan Imam al-Syafii ini:

“dan ianya (taghbir) adalah mengetuk dengan dahan atau lainnya di atas kulit yang kering berserta mendendangkan syair-syair ketuhanan yang melembutkan hati dan menggerakkan benda yang diam walaupun begini keadaannya beliau (al-Syafii r.h) telah menamakan pelakunya sebagai zindiq maka bagaimana pula jika beliau melihat apa yang diada-adakan oleh mereka ini di zaman kita dengan mendengar nyanyian dan menari diiringi duff (kompang) dan serunai....” [Kasyful Ghita’ ‘an Hukmi Sima’ al-Ghina’, Maktabah al-Sunnah, cet. 1, 1991 M, m.s 42].
Jelas daripada pernyataan ini bahawa Hadrah Sufi hari ini adalah haram dan ianya amalan Zindik [Munafiq].

Bila kita pandang Agama hanya kerana inginkan semangat semata-mata, maka pasti dan sangat pasti kita akan membelakangi sunnah Nabi. Kita akan mengabaikan segala ajaran Nabi yang jauh lebih baik, jauh lebih bernilai, jauh lagi bermanfaat daripada perbuatan yang 'kita rasa' adalah sangat bermanfaat mengingati Allah.

Ingatlah, kalau sesuatu amalan perbuatan itu kita rasa adalah amalan yang terbaik, dan boleh mendapat ganjaran yang lebih, maka sudah tentu para sahabat yang lebih mulia, lebih berilmu, lebih tahu tentang agama , lebih faham tentang agama islam telah melakukannya dahulu berbanding kita.

Adakah kita lebih tinggi kefahaman tentang agama berbanding Abu Bakar r.a? Umar r.a? uthman affan r.a? Ali r.a? Aishah r.a? dan banyak lagi para sahabat yang lebih mulia itu, hingga mampu mencipta amalan baru? Wallahu 'alam..

Sekian..,

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian