Mar 24, 2013

Hak kebebasan bersuara yang tahi kucing..,

Aku pelik orang yang dok laungkan perlunya hak kebebasan bersuara ini. Mereka TIDAK BOLEH dikritik tetapi mereka juga lah orang yang kuat mengkritik orang lain yang tak sependapat dengan mereka.

Aku lihat kes Nabil raja lawak tu. Dia kena hentam teruk akibat satu klip video 'bangkang dari longkang'. (yang aku sendiri tak tengok pun). Persoalannya kenapa dia tidak boleh mengkritik pembangkang?

Kalau benar dia salah, buktikan dia salah kerana mengkritik pembangkang. saman atau apa pun, untuk buktikan bahawa apa yang dia kritik itu adalah salah. Adakah Hak kebebasan bersuara dia perlu dalam lingkungan 'jangan mengkritik pembangkang'.

Dan selepas ini bagi aku jangan nak dok laungkan kebebasan bersuara yang jadah hanya berpihak-pihak, bukannya menyeluruh kepada sesiapa pun.

Aku lihat satu lagi kes iaitu kes abby. Bila dia mengkritik kerajaan secara jelas, secara terang, dia tidak dinafikan hak kebebasannya untuk bersuara. Malah dia sampai boleh berceramah ke sana ke mari, berkuliah segala. Apakah perbezaan mereka ini?

Dan banyak lagi artis yang konon telah 'kembali' ke jalan sebenarnya mengkritik kerajaan tidak dinafikan suara mereka seperti apa yang berlaku kepada Nabil atau salleh yakob. Malah kritikan mereka lagi parah.

Jadi persoalan disini, adakah hak kebebasan bersuara itu hanya kepada sesetengah orang, sesetengah parti sahaja yang valid, sedangkan jika disatu pihak yang lain mengkritik, dia akan dinafikan hak dia dan tiada istilah hak kebebasan.

Jadi, kebodohan apakah semua ini?

Ps: Islam tidak pernah menganjurkan hak kebebasan yang mempunyai banyak kelemahan, kerana setiap perkara itu perlu berlandaskan syarak.

1 comment:

Anonymous said...

saya sokong

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian