Mar 14, 2013

Nak ikut telunjuk siapa?

Dakwah sekarang sering dikaitkan dengan dakwah kontemporari kononnya. Dakwah yang bergerak seiring dengan peredaran zaman. Tapi hal utama kepada dakwah tersebut sering dipinggirkan iaitu mentauhidkan Allah.

Para pendakwah mula terjebak sedikit demi sedikit dengan perkara shubahat demi kononnya untuk menarik orang ramai lebih dekat kepada islam. Kononnya biar ramai yang akan dengar suara-suara dakwah ini. Maka, mereka mula mengikut jejak langkah orang ramai.


Sebenarnya, dalam kita berdakwah, kita nak ikut petunjuk daripada Allah dan Nabinya ke, atau ikut kehendak ramai yang sering ingin perkara yang melalaikan dan sebagainya???

Persoalan inilah yang sering menyebabkan ramai pendakwah kini tunduk dengan kehendak ramai berbanding kehendak Allah secara jelasnya. Tapi matlamat kini sentiasa mendahului cara walaupun tidak sya'rie..

Pelbagai hujah dikemukakan oleh golongan ini yang bagi aku hanya semata-mata ingin memuaskan akal dan nafsu sahaja. Mana mungkin kita membelakangi apa yang Nabi telah perintahkan untuk dijauhi semata-mata ingin umat manusia itu tertarik kepada islam? Ini sangat bercanggah dengan prinsip islam..


"Maka demi Rabbmu, mereka (pada hakikatnya) tidak beriman hingga mereka menjadikan kamu hakim dalam perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa keberatan dalam hati mereka terhadap putusan yang kamu berikan, dan mereka menerima dengan sepenuhnya." (Q.s.,an-Nisâ`:65)


Kalau benar pengikut yang ramai itu adalah faktor penentu kepada kejayaan sesebuah dakwah, maka ramailah Nabi Allah sebelum Muhammad itu gagal dalam misi dakwah mereka.

Adakah kualiti dakwah yang kita bawak itu melebihi kuantiti dakwah yang kita kejar? Jangan terperangkap dengan tablis iblis yang dahulu pernah berjanji akan sentiasa menyesatkan manusia dengan pelbagai cara.

Ummul Mukminin, Ummu Abdillah, Aisyah r.anha berkata,
bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa mengada-adakan yang baru(bidaah) dalam urusan(agama) kami ini, amalan yang bukan bahagian daripadanya, dia tertolak." (Riwayat al-Bukhari no. 2550, Muslim no.4586 dan Abu Daud no.4608)

Sekarang kita berdakwah, kita nak ikut telunjuk siapa? kita nak ikut peraturan siapa? kita nak puaskan hati mereka atau yang Maha Mulia dan Maha Agung? Kita ajak mereka dekat kepada Allah bukan kita ikut seperti mereka supaya mereka dekat kepada Allah.

Mereka suka dengar atau tidak itu adalah kebenaran. Jangan selit-selit dengan perkara bahtil yang terang adalah syubahat..

Renungan: "Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridhai Islam itu jadi agamamu." (Q.s.,al-Mâ`idah:3).


4 comments:

Anonymous said...

Dakwah itu boleh dilakukan pelbagai cara

Kosong said...

Bukan cara menjadi persoalan, tapi kena tak dengan apa yang Nabi telah tinggalkan..

Kalau bukan Nabi, nak ikut siapa lagi?

Anonymous said...

http://www.virtualfriends.net/article/articleview.cfm?aid=22347

cara dakwah nabi

Kosong said...

Terima kaseh..,

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian