Mar 19, 2013

Mudah lupa is lalai..,

Manusia ini selalu lupa. Betul kata Mahathir satu ketika dahulu bahawa 'melayu itu mudah lupa'. Bagi aku, kebenaran petikan ayat ini memang tidak boleh dinafikan.

Contohnya, bila dah sakit baru teringat Allah, bila senang payah nak tunjuk muka. Kalau ingat pun, sekadar memenuhi tuntutan agama sahaja. Bukan kerana kasih dan sayang secara total. Bila dekat dengan keluarga diherdik, bergaduh setiap hari tapi bila dah berjauhan, bila dah mati baru menangis seperti anak kecil. Nampak?

Itu belum lagi bab pembaziran. (macam aku selalu buat huhu. Khilaf.) Bila kita melalui saat-saat kekurangan samaada dalam bentuk material atau apa pun, baru kita sedar dahulu kita pernah melakukan pembaziran, bila kita dapat perkara tersebut secukupnya. Nampak?

Namun, disebabkan perbezaan pandangan politik, kata-kata berguna ini diabaikan pelbagai pihak. Aku berpendapat, pandangan Tun ini ada kaitan dengan ' datang 5 perkara sebelum 5 perkara'. Ingat?

Ah siapa ambil peduli tentang semua ini? Sekarang, politik adalah segala-galanya bagi kebanyakkan orang. Sampai ada yang mengagamakan politik, parti dan sebagainya. Nauzubillah. ("Mengagama" bukan aku maksudkan dengan penyembahan, "mengagama" bermaksud mengikut secara totok).

Melampau-lampau dalam berpolitik sehingga membelakangi agama adalah keji. Macam syaitan. Berpolitik bermaksud kita bersatu atas Alquran dan assunnah, bukan berpecah berai. Berpolitik bermaksud kita menegakkan agama Allah secara menyeluruh, bukan setakat mengapi-apikan jenama islam sahaja atau setakat slogan sahaja.

Berpolitik bukan memainkan sentimen benci membenci, kafir mengkafir sesama islam, kau tak islam, aku saja islam, tetapi berpolitik bermaksud kita menyemai kasih sesama islam.

Keberadaan kita dalam sistem demokrasi adalah dalam keterpaksaan, jadi jangan nak agungkan sangat sistem ini.

Aku tertarik satu kata-kata ahli politik yang bagi aku perlukan penelitian semula.

Sesetengah mereka berpendapat bahawa perlunya mengaibkan pemimpin politik bagi mengetahui latarbelakang pemimpin itu, supaya rakyat dapat menilai dan sebagainya. Tetapi bila perkara ini terjadi kepada golongan mereka, mereka mula menghambur kata-kata fitnah, haram, kafir, kazaf, munafik dan sebagainya.

Aku terfikir, adakah pandangan ahli politik ini tidak terpakai, tidak valid kepada ahli mereka dan HANYA terpakai kepada bukan ahli sahaja?

Lihat mereka bermain?

Kebenaran kini dilihat melalui parti apa kau pegang erat, bukan lagi kerana Allah dan rasulnya..

Berfikirlah atas nama Tuhan penciptamu..,

4 comments:

Anonymous said...

tengok dengan mata hati, bukan dengan mata kasar

Kosong said...

Sibukkan diri dgn 'Ibadah di Waktu Fitnah:

Sabda Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam:

الْعِبَادَةُ فِي الْهَرْجِ كَهِجْرَةٍ إِلَيَّ

Maksudnya: "Ibadah di waktu ((al-Harj)) seumpama berhijrah kepda-ku"

[HR Muslim]

*Maksud al-Harj adalah Fitnah yg melanda kaum Muslimin sehingga membawa pertumpahan darah.

Anonymous said...

asal perkataan insan(manusia) itu nisyan(lupa).Bukan melayu je

Kosong said...

yer tapi sekarang ni saya tengah quote kata-kata Tun..,

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian