Mar 19, 2013

E-rokok

Semalam aku ada baca satu berita. Pasal rokok elektrik kebenda tu. Aku pun dok cerita la dengan seorang member, pasal rokok tu, segala macam aku huraikan dari segi segala poison yang ada, chemical segala.

Bukan nak menunjuk pandai, just nak share journal yang aku baca pasal rokok ni. Aku luangkan masa la jugak cari artikel berkaitan nak bagi paham diri sendiri before nak cakap dengan orang lain segala. Takda la nanti nampak seperti 'tin kosong' ye dak?

Tapi  bila aku cakap pasal kesan buruk rokok ni, aku mula terhidu 'bau-bau' politik dalam setiap apa yang dia kata. Dalam hati aku berkata, kenapa manusia sekarang ni taksub sangat dengan kepentingan politik eh?

Aku memang ada dengar gak pasai hujah konon kementerian kesihatan Malaysia haramkan e-rokok ni sebab, 'menatang haram' ni tak dikenakan cukai, so kerajaan payah nak dapat keuntungan. sebab tu dia nak haramkan e-rokok. Nampak tak pemikiran jumud jika taksub sangat dengan dunia politik yang saling salah menyalahi ni?

So konon kerajaan taknak industry e-rokok ni mendapat tempat sebab depa tak dapat keuntungan berbanding rokok biasa yang still 2x5 haram..Mudah kan buat konklusi? last-last salah kerajaan.

Pemikiran beginilah kalau bergaduh suami isteri, pasti salahkan kerajaan. Anak tak terdidik dengan sempurna salahkan kerajaan. Walhal diri sendiri tak jalankan tanggungjawab.

Mula-mula aku biar je dia berhujah. Malas nak kacau daun. Then bila dah stop aku tunjuk segala artikel yang aku dah baca, then aku tunjuk segala bahan chemical, perosak whatever dalam e-rokok tu. Eh tau plak dia kata oh betullah berbahaya.. duhhh manusia bila dah taksub, segala hal dia akan salahkan orang lain.

Tapi aku tak heran pun para perokok tegar ni. Kau bagi lah hujah tang mana sekalipun. Fatwa kata HARAM pun depa buat tak kesah, apetah lagi daripada kementerian kesihatan. kan?

Sedangkan rokok biasa pun yang terang tanpa bersuluh beri kesan buruk kepada kesihatan mereka pun, depa tak kesah. apetah lagi E-rokok ni. yang kalau depa ni hisap terasa cool gilak babi kan?

Nasihat aku please carefull! jangan kita menzalimi diri sendiri. Lagi satu jangan nak taksub sangat dengan politik, kang disebabkan itu kita masuk neraka. Yela dok fitnah sana sini, sempat ke nak mohon maaf?

sekian..,

6 comments:

Anonymous said...

x payah jual rokok terus, kan senang

Kosong said...

Cakap tu memang lah senang..

Anonymous said...

ape yang susahnye?

Kosong said...

perkara yang melibatkan ramai bukan mudah nak sekat? lebih-lebih lagi rakyat sekarang bukan nak cari maklumat dengan betul.. faham?

Bukan semua orang bersetuju untuk menghapuskan dan bukan semua orang setuju untuk mengharamkan..

Kita awam memang rasa nampak mudah. Tapi mereka yang pihak penguasa rasa payah, setiap tindakan mereka semua akan dipersoalkan ramai.. jadi Jangan kita jadi Rhuwaibidhah..

Anonymous said...

kan mereka ada kuasa.....macam masa tun M nak buat klcc, kan ramai yang x setuju, tp buat je.....ruwaibidhah tu ape?

Kosong said...

laa bukan semua kuasa tu boleh diguna. Bila masa plak ramai yang tak setuju buat KLCC?? cuba bagi contoh, atau sekadar cakap kosong seperti tin kosong?yang tak setuju tu pembangkang je! pembangkang semua dia tak setuju. faham?

Rhuwaibidhah pernah Nabi sebut dalam hadis nya iaitu orang awam yg bercakap sesuatu perkara yang bukan bidangnya. Seperti dia arif padahal TIN KOSONG..

Kalau ko nak taksub sangat dengan Hizbi please disini bukan tempatnya..

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian