Aku sebagai rakyat maheran, suka segala janji ini. Bunyi janji tersebut sangat menguntungkan rakyat jika mereka diberi kuasa. Yela, sistem demokrasi ni kan adalah sistem merajakan rakyat. Bunyi cantek, tapi perlukan penelitian.
Teringat ketika bantuan RM200 untuk ribet beli telefon yang kerajaan berikan untuk 'rakyat berpendapatan rendah' tempoh hari. Ramai mereka bising bila jenis telefon yang di hadkan hanya telefon berharga kurang daripada RM500, bukannya harga telefon yang melebihi RM1000.
Pelbagai medium mereka maki hamun kerajaan. Pelbagai cercaan diberi kepada kerajaan yang telah bermurah hati bagi RM200 untuk beli telefon murah yang dikata sebagai gula-gula memancing undi. ya setiap orang punya pandangan.
Walaupun hakikat itu duit daripada rakyat (seperti selalu dimainkan oleh ramai orang), boleh saja kerajaan guna duit tersebut untuk perbelanjaan lain. Namun sebagai pentadbir, mereka telah berikan kemudahan itu kepada rakyat. Alhamdulillah.
Firman Allah :
"Bersyukurlah kepada-Ku dan (berterima kasihlah) kepada kedua ibu bapamu, dan (ingatlah) kepada-Ku tempat kembali (untuk menerima balasan)." [Surah Luqman: 14]
Berterima kasih kepada mereka yang memberi bermakna kita bersyukur kepada Allah atas Nikmat yang dia berikan seperti hadis Nabi :
Namun disebabkan politik yang jumud, politik yang bangang, maka ucapan terima kasih kepada pentadbir, mereka kata tak perlu kerana itu duit rakyat, rezeki itu daripada Allah. Semoga Allah memaafkan mereka.
Maka disebabkan ramai yang tidak berpuas hati dengan Jenis telefon yang hanya boleh dibeli menggunakan ribet tersebut terhad kepada telefon murah dan cikai-cikai saja (seperti yang mereka katakan), maka Kerajaan terpaksa tukar polisi untuk menangkan hati semua pihak dan hanya telefon berharga RM1500 ke atas saja boleh menggunakannya.
Namun apa yang berlaku? Ramai antara yang bising dahulu yang mengatakan konon permainan kerajaan hanya memberi telefon murah untuk dibeli akhirnya mereka jugalah yang mengeluh tak mampu untuk membeli telefon dengan harga yang begitu tinggi ( walaupun telah mendapat potongan ribet). Bukan seorang dua, tapi Ramai yang mengeluh.
Ini yang dinamakan 'Bangkang dari Longkang". Akhirnya menyusahkan golongan sasar yang kerajaan ingin bantu iaitu GOLONGAN BERPENDAPATAN RENDAH. Memula tu, sampai ada kata kerajaan ni bodoh sebab bagi ribet untuk telefon murah saja untuk dibeli. dan lepas tu apa yang jadi? Ramai golongan sasar mengeluh mereka tak mampu, malah memohon supaya telefon yang agak murah sedikit dapat digunakan untuk menggunakan ribet.
Nak bangkang mudah, tapi nak melaksanakan payah.
dan sekarang ada partai yang bertanding cuba pancing undi dengan pelbagai janji untuk memberikan free sana, free sini tanpa percaturan yang betul bagi aku. Dulu mereka nak hapuskan Tol, pun tak dapat laksanakan, ini pula nak tabur lagi free segala macam?
Pendidikan percuma dan pelbagai macam isu
Aku berpendapat sesiapa nak sambung belajar, better tunggu mereka ini memerintah. Bila mereka memerintah everything is free. takperlu guna ptptn kononnya tetapi kerajaan mereka ini akan beri pendidikan percuma totaly. Mereka akan bayarkan hutang PTPTN (tang ini aku suka hiks). Harga minyak akan murah gilakbabi. Kereta akan paling murah, Tol dihapuskan.. err siapa taknak kan janji sedemikian rupa?Persoalannya mampu ke ditunaikan?
Aku berpendapat sesiapa nak sambung belajar, better tunggu mereka ini memerintah. Bila mereka memerintah everything is free. takperlu guna ptptn kononnya tetapi kerajaan mereka ini akan beri pendidikan percuma totaly. Mereka akan bayarkan hutang PTPTN (tang ini aku suka hiks). Harga minyak akan murah gilakbabi. Kereta akan paling murah, Tol dihapuskan.. err siapa taknak kan janji sedemikian rupa?Persoalannya mampu ke ditunaikan?
Jangan kata Manifesto bukan janji seperti sebelum ni sudahlah. Kang tak pepasal kena saman kan?
Apa-apa pun semoga kita dilindungi Allah daripada golongan yang bersifat munafik. Sebagai akhir, aku tunjuk sedikit perbezaan harga kereta sebelum dan selepas cukai dikenakan mengikut harga di langkawi yang bebas cukai tu..
Golongan mana yang akan mendapat manfaat lebih, yang kaya atau yang kurang kaya..
Bil
|
Jenis Kenderaan
|
Harga dgn cukai
|
Harga tanpa cukai
|
1
|
Toyota Camry 2.0G (D-segment cars)
|
RM 158,XXX
|
RM 104,XXX
|
2
|
Toyota Altis 1.6E (C-segment cars)
|
RM 107,XXX
|
RM 68,XXX
|
3
|
Toyota Vios 1.5E (B-segment cars)
|
RM 82,XXX
|
RM 62,XXX
|
4
|
Proton Preve 1.6 Exec (C-segment cars)
|
RM 63,XXX
|
RM 60,XXX
|
5
|
Proton Persona 1.5 (B-segment cars)
|
RM 51,XXX
|
RM48,XXX
|
6
|
Proton Saga FLX (B-segment cars)
|
RM 42,XXX
|
RM 40,XXX
|
3 comments:
dalam 2 golongan, pasti ada golongan yang betul dan ade yang salah, cuma kite yang perlu banyak menilai
sebab tu perlunya kajian sendiri bukannya menerima apa orang lain cakap atau janji bulat-bulat tanpa perlu penilaian..
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=476343715770777&set=a.159716777433474.41152.152404861497999&type=1&theater
Post a Comment