Mar 31, 2013

Mana satu betul?

Semakin hari, aku melihat perpecahan umat islam semakin ketara. Semakin retak. Terlalu banyak perkara yang menyebabkan berlakunya perpecahan itu. Dan salah satunya adalah kerana perbezaan politik. Ya kerana politik. bukan perbezaan akidah pun tapi kerana perbezaan politik sempit yang berebut mencari pengikut.

Taksub jelasnya.

Aku sudah malas dan cukup penat bercakap soal perbezaan politik yang dijadikan segolongan orang untuk menghalalkan perpecahan, yang menghalalkan permusuhan, yang menghalalkan maki memaki sesama sendiri dan sebagainya.

Ini kesan bila merasakan politik itu adalah agama. Segala budaya khawarij disemai. Menjadi mangsa adalah pengikut yang buta dan tuli. Mereka patuh seperti patuh kepada Nabi. Pengaruh sebeginikah yang akan membawa islam bersinar semula?

Tidak! Tuntutan umat islam itu adalah untuk bersatu dan bukan bertikam lidah, bergaduh tampar, sepak terajang siapa yang juara memperjuangkan islam. Bila asyik bercakaran, sampai bila umat islam nak maju, nak bersatu?

Teringat kata-kata Umar r.a yang sangat masyur ketika beliau menjadi khalifah. Dia berkata, mulianya kita sebagai umat islam adalah kerana Islam yang kita anuti ini. Bukan kerana perkara lain.

Itu sedikit pasal politik taksub, politik kejumudan yang melanda negara.

Ada satu hal lagi bila umat islam asyik memikirkan sinar islam, keagungan islam dengan perkara-perkara yang sekadar 'luaran'. Bukan melihat islam kerana indahnya isalm itu sendiri. Dan dari dulu sampai sekarang aku bosan melihat golongan mereka ini.

Lihat ikan ada cop islam lah, pokok rukuklah, tembikai ada nama Allah lah dan pelbagai lagi. Perkara ni oklah sebagai motibasi tetapi bila terlalu mengagungkan benda-benda beginilah yang salah. Yang boleh kearah syirikkan!

Tapi bila hadis Nabi sahih dibentangkan, mereka inilah yang mencari alasan untuk beramal dengannya. Mempertikai dan sebagainya. Akal didahulu melebihi kata-kata Nabi.

Ingat kata-kata Umar r.a yang aku dah tulis tadi. Meh aku tulis lagi. Masa tu Umar sebagai khalifah telah turun daripada kudanya dan mengangkat seliparnya untuk melintasi jalan. Bila dilihat sahabat, mereka berkata tidak layak seorang amirulmukminin, seorang khalifah berbuat demikian. Apa kata Umar r.a? Islam yang kita anuti ini lagi mulia daripada segalanya.

Sekian..,

Sekadar untuk berfikir..


No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian