Feb 13, 2013

Usrah, halaqa, geng belajar, study group dan sebagainya

Majlis usrah tidak boleh dijalankan secara rahsia kerana ilmu tidak boleh disembunyikan. Sabda Rasulullah SAW,

Maksudnya: “Barangsiapa yang menyembunyikan ilmu, Allah SWT akan mengekangnya dengan tali kekangan dari api neraka.” (riwayat Al Hakim)

Ilmu perlu didedahkan, biar orang lain datang belajar dan mendengar bersama-sama. Mengapa perlu dilakukan secara rahsia dan menyekat orang lain daripada ilmu? Kalau betul kita menyampaikan ilmu agama yang benar, panggil semua orang datang usrah bersama kerana asas agama perlu disampaikan.

Maksudnya: “Hendaklah orang yang menyaksikan menyampaikan kepada yang tidak hadir.” (riwayat Al Bukhari dan Muslim)

Asasnya agama perlu disampaikan, tidak boleh disembunyikan. Firman Allah SWT,

Maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan berupa keterangan-keterangan (yang jelas) dan petunjuk, setelah Kami menerangkannya kepada manusia dalam Al-Kitab, mereka itu dilaknati Allah dan dilaknati (pula) oleh semua (makhluk) yang melaknat.” (surah Al-Baqarah : 159-160)

Jadi berhati-hatilah dalam menyebarkan sesuatu fahaman atau perkara. Jangan sembunyikan kalau apa yang kita sampaikan itu adalah kebenaran. Kalau ianya ilmu, sampaikanlah kepada orang ramai agar ianya dapat dimanfaatkan.

Pengisian juga harus diutamakan jangan sekadar bual kosong yang tidak mendatangkan manfaat..

Rujukan : ufb

2 comments:

Anonymous said...

dulu nabi buat usrah secara sembunyi, bermaksud ade ilmu yang apabila dirasakan perlu untuk diberitahu, maka boleh diberitahu, kalau x perlu, x boleh diberitahu

Kosong said...

Itu nabi, zaman sekarang ilmu apakah yang perlu disembunyikan? kecuali ianya ada agenda tersendiri..,

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian