Feb 17, 2013

Kalau sayang..,

Sayang adalah perkataan yang sering diucapkan dan memerlukan bukti bila kita ingin mengungkapkannya. Kalau tidak, ianya hanya sia-sia sahaja. Sayang kalau sekadar diucap tanpa membuktikannya analoginya umpama kita bersedekah bau makanan yang kita masak kepada jiran.

Sayang kita harus buktikan. Misalnya, kalau kita sayang ibu bapa kita, kita sayang mereka dengan kita menjaga mereka, berlemah lembut dengan mereka, tidak berkasar dengan mereka, menjaga makan minum mereka, menghormati mereka, mendoakan kesejahteraan kepada mereka dan sebagainya. Tidak cukup sayang jika kita sekadar mengucapkan i love you mom, or dad tapi dalam masa yang sama menyusahkan mereka.

Seperti juga kalau kita sayang barang peribadi kita seperti, kereta, jam, buku, wallet, kucing, baju, seluar, beg, cincin, kasut, selipar, tali pinggang, laptop, iphone5, gitar, bini, laki, jiran dan sebagainya. Sebolehnya kita menjaga barang-barang ini dengan baik.

Kalau buku yang baru kita beli, sebolehnya kita takut untuk lihatnya terlipat walaupun hanya sedikit atau melihatnya terkoyak. Kereta yang baru kita beli contohnya, sebolehnya setiap saat kita lap supaya tak berdebu, letak aksesori yang ntah pape dalam kereta. handphone juga misalnya, kalau boleh kita tak nak orang lain sentuh, takut calar, atau jatuh dan sebagainya. Itu dinamakan sayang.

Naturally, kita boleh lihat kalau seseorang tu sayang kepada barang yang dia ada. Sungguh!

Tapi kalau buku yang baru beli pun kita sepahkan, kita biarkan terkoyak, kereta yang baru beli kita tak kesah tercalar ke, berhabuk ke atau handphone yang kita guna kita tak kesah ke calar atau jatuh. Adakah perkara seumpama ini kita katakan sayang?

Begitu juga kalau kita ada bini atau laki. Sebolehnya kita jaga elok2. Kita bagi makan, kita berpakaian yang menggiurkan untuk mereka (he), kita berlembut dengan mereka, kita jaga hati mereka, kita jaga pergaulan, kita jaga hati kita untuk tidak cari lain, kita gembirakan mereka, kita doakan mereka dilindungi Allah dan sebagainya. Itu dinamakan sayang.

Tapi kalau dah tak kesah apa yang terjadi. berpegang prinsip lantak kau lah nak jadi hape. Bini layan lelaki lain buat tak kesa. Bini berkawan dengan ramai lelaki buat tak kesah. Bini calling-calling dengan jantan lain buat tak kesa. Bini bermsg2, bertuit, berfacebook dengan jantan lain buat tak kesah atas alasan kebebasan kejadah atau konon taknak mengongkong, atau tak kesah laki nak jadi hape kalau diluar rumah, tak kesah laki dah makan ke minum, tak kesah laki calling2/msg2 dengan sape, pokok pangkalnya takkesahkaunakjadihapepun. Itu boleh tak kau namakan ia dengan perkataan sayang?

Bagi aku, sayang ni bermaksud kita letakkan standard terhadap apa yang kita kata kita sayang. Kita letakkan limitation kepadanya. Tak kira apa pun. Misalnya, kalau kita sayang kereta, kita letakkan standard agar kita dapat lap setiap hari, kita beri wangian, kita letak aksesori baru. atau contoh yang lain ibubapa kita, kalau kita sayang mereka, kita kena letakkan standard kepada diri untuk hormat mereka, jaga mereka, senangkan hati mereka dan sebagainya. Itu apa yang dinamakan meletakkan standard.

Begitu juga pasangan hidup kita. kalau kita sayang kita perlukan garispanduan kepadanya atas setiap perkara. zaman sekarang, fitnah sangat banyak. Kalau kita tak mempersiapkan diri dan laki/bini kita dengan apa yang telah ditetapkan agama, memang pelbagai masalah akan timbul. Sungguh!Tapi jika kita tak kesah dan kebebasan itu kita kata adalah sayang. bagi aku mudah, tunggu sajalah fitnah yang akan datang!!

Sebagai mana agama menetapkan garispanduan kepada penganutnya, begitu juga kita harus amalkan. Kita terjaga dalam agama kerana sayang Allah kepada kita, kerana Rahmat Allah. Kita beragama ni umpama berada dalam satu pagar yang memisahkan kita kepada keburukkan.

Begitu juga bila kita sayang kepada Nabi. Tidak boleh hanya sekadar berkempen kita sayang baginda tapi selawat  ke atasnya kita tinggalkan, sunnah baginda kita tinggalkan malah lebih durjana bila kita sendiri mempertikaikan sunnah baginda. Itu hanya menempah kepada murka Allah.

Kita kata kita sayang Nabi saw, tapi amalan kita menyelisih sunnah baginda. Adakah itu boleh dikatakan kita sayang? Kita lagi suka ikut cakap, pak ustaz, habib, kiyai, cendikiawan islam lain berbanding kita melihat sunnah baginda dan cuba beramal sedekat yang mungkin dengan apa yang telah Baginda ajarkan kepada para sahabat yang dijanji Allah syurga..

Kesimpulannya, lihat kembali perkara-perkara yang kita kata kita sayang. Adakah benar-benar kita sayang? atau sekadar mulut berkata sayang untuk sanjungan orang lain bukannya perbuatan kita yang menunjukkan kita sekadar melepaskan batuk ditangga..

WA

Ps: Jangan kata sayang kalau sentiasa mengkhianati..,

3 comments:

musykil said...

Ape tu WA?

Kenapa kena sebut "laptop blabla... iphone5"?

Kosong said...

wallahu 'alam (WA)..maaf guna singkatan..iphone5 tu sekadar misalan.. :)

Anonymous said...

ekekkeke

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian