Feb 18, 2013

Dakwah dan didakwah,.

Aku masih tak faham. dan sangat tak faham dakwah kontemporari yang dikatakan ketika ini sangat bersesuaian dan bertepatan dengan keadaan semasa. Kononnya. Walaupun kebanyakkan bercanggah dengan apa yang Nabi saw pernah ajari.

Lebih teruk bila dakwah kini dicampuradukkan dengan perkara bathil yang nyata. Bagi aku ini merupakan satu kejahilan dan sangat memerlukan ilmu untuk mengubahnya. Sering golongan yang menggunakan asas dakwah seperti  ini menggunakan hadis nabi 'sampaikanlah walaupun sepotong ayat'. walaupun mereka sendiri tidak faham sepotong ayat itu merupakan ilmu yang benar, bukan sekadar andaian hati bahawa ianya benar. Tetapi memerlukan bukti berupa dalil-dalil yg sahih..

Analogy berdakwah dengan perkara bathil ini umpama mengambil kebaikkan daripada tahi, dan membuang keburukkan daripadanya. boleh? Matlamat tidak harus menghalalkan cara. Itu kita harus faham! gambar dibawah ni aku bagi contoh dakwah yang bathil. Mengajak orang lain bertudung ok dah. Tapi dengan meletakkan gambar orang lain sebagai contoh itu adalah perkara yang Nabi tegah. Mengaibkan orang lain.


Firman Allah:

Al-Hujurat [11] Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain……

Al-Hujurat [12] Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang…

Rasulullah SAW pernah bersabda:

"Sesiapa yang menutup keaiban saudara Islamnya, Allah swt akan menutup keaibannya di dunia dan di akhirat. Allah swt akan menolong hambaNya selagi hambanya itu menolong saudaranya."(Muslim & Abu Daud)

"Sesiapa yang menutup keaiban saudaranya, Allah swt akan menutup keaibannya pada hari kiamat dan sesiapa yang mendedahkan keaiban saudaranya yang Islam, Allah swt akan mendedahkan keaibannya, sehingga dia akan dimalukan di dalam rumahnya sendiri." (Ibnu Majah)

Jika seseorang itu melakukan dosa contoh tidak menutup aurat, atau apa sekalipun, itu tidak menjadikan halal untuk kita mengaibkannya, atau menyebarkan segala keburukkannya.

Begitu juga bila dakwah menggunakan nyanyi-nyanyian segala. Ada mengatakan bagus kerana dapat menginsafkan orang lain. Musik itu tidak lebih memberi kelalaian daripada menginsafkan. Belum lagi cerita pasal berlawak yang berlebihan dalam ceramah agama. Itu juga merupakan perkara yang tidak boleh dipandang ringan.

Apa beza maharajalawak dengan ceramah kalau kualiti sama penuh dengan gelak ketawa yang menggelapkan hati? Bertakwalah kepada Allah, semoga kita tergolong dalam golongan yang diredhai. Bukan kuantiti yang kita cari dalam beragama, tapi kualiti yang benar-benar diterima oleh Allah swt..

wa

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian