Jan 10, 2013

Sabar..

Dari semalam hingga ke hari ni, aku masih lagi sibuk dengan data analysis. Allah ingin menguji. Bukan payah pun, tapi menguji kesabaran. Aku dalam bab-bab menguji kesabaran ni la paling lemah. Tapi Alhamdulillah, dengan kesungguhan yang berbaki, akhirnya dapat juga menyiapkannya.

Apa yang aku dapat simpulkan ialah, ingat Allah ketika diri terasa diuji, inshallah sabar tu pasti akan ditiup masuk ke dalam hati. Bersabarlah wahai orang beriman"..

Firman Allah:

Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan. - al-Anbiya’ (21) : 35

Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira. – al-Zumar (39) : 10

Sesungguhnya Allah menyertai(membantu) orang-orang yang sabar. – al-Baqarah (2) : 153

Dalam pada itu (ingatlah), orang yang bersabar dan memaafkan (kesalahan orang terhadapnya), sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat (melakukannya). – al-Syuura (42) : 43


Sabda Nabi:

Seseorang itu akan diuji sesuai dengan kadar agama, jika kadar beragamanya kuat maka ujiannya semakin keras. Jika kadar beragamanya lemah maka dia diuji sesuai dengan kadar agamanya. Seorang hamba akan sentiasa diuji sampai dia akan dibiarkan berjalan di muka bumi tanpa membawa dosa kesalahan. – Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi (no: 2322)

2 comments:

datin said...

Bila anda diuji, sebelum anda mengeluh, ingatlah rezeki2 anda sebelum ini, jgn berburuk sgka dgn Allah :)

Kosong said...

like this

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian