Jan 6, 2013

Jangan memaksa agama tapi ikut..,

Aku bersyukur dengan apa yang aku dapat, apa yang aku rasa,apa yang aku perolehi hingga ke hari ini, ke minit ini, ke saat ini dan hingga ke detik ini. Alhamdulillah. dan apa yang aku karang disini, apa yang aku luahkan, itulah yang aku alami dan aku rasai.

Aku ingin kongsi kepada semua. Biar apa yang aku tahu, kamu juga tahu, dan kamu juga akan mula berfikir tentang agama apa yang sedang kamu anuti. Adakah ianya datang daripada Muhammad kekasih Allah, atau datang daripada pak ustak, ulamak dan sebagainya.


Kita beramal bukan perlu membabi buta, tetapi perlu guide, perlu petunjuk dan perlu ada 'role model' yang kita harus contohi. kalau tidak, kita akan jadi 'Robin hood'. Melakukan kemungkaran dengan alasan untuk membantu orang lain.


Beberapa hari lalu ada seorang ustaz berkata. Dia telah ditanya oleh orang ramai tentang satu perkara yang konon menjadi permasalahan umum. walaupun bagi aku masalah yang sengaja dicipta manusia untuk membenarkan mereka melakukannya.

Dia telah ditanya bagaimanakah cara untuk menyambut tahun baru 'ikut cara islam'. Mean ikut cara islam. Memang berlaku khilaf para cendikiawan temporari ni berdasarkan keadaan semasa.. sebelum ustaz tu menjawab soalan, dia bertanya beberapa soalan pula.

Adakah islam menyambut tahun baru? jawapannya tidak. jadi adakah lagi cara islam untuk sambut tahun baru, yang kita sedia maklum bukan datang daripada agama kita. tetapi agama lain. Nabi berpesan jangan menyerupai sesuatu kaum.... Jadi kenapa kita ingin mengikut seperti mereka?

Kalau ditukar soalan tu kepada perkara lain ia akan jadi begini. " ustaz,bagaimanakah cara untuk meminum arak ikut cara islam?" jadi apa jawapan terbaik yang kamu rasa sesuai?

Jangan paksa dalil untuk membenarkan perkara yang tiada didalam agama.

3 comments:

Anonymous said...

kerajaan sambut tahun baru

Kosong said...

siapa pun sambut hukum tetap sama..

Anonymous said...

Hendaklah kamu kamu mencegah kemungkaran dengan tangan (kuasa), kalau tak mampu,dengan lidah, kalau tak mampu, dengan hati dan itu adalah selemah-lemah iman

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian