Dec 26, 2012

Sehampir mampu..,

Dunia ini merupakan satu nikmat. Nikmat yang sukar kita batasi dengan akal dan fikiran. Tapi kita sering terleka dengan nikmat yang sementara iaitu dunia itu sendiri. Aku juga sering terkhilaf.

Ulamak pernah berkata, dunia ini merupakan penjara bagi mereka yang benar-benar bertakwa tetapi merupakan syurga bagi mereka sebaliknya. Persoalannya, dimanakan kita berada? Perkara ini, mejority umat islam tahu tetapi berapa kerat yang benar-benar sedar?

Kita sering leka, sering alfa, sering terasa diri begitu bagus, sering merasa segala amalan sudah cukup sempurna, merasa diri cukup segala bekalan, untuk menempuh perjalanan seterusnya. Tapi, betul ke sudah cukup?

Perasaan cukup bagus itu juga sudah menjadi bukti bahawa kita masih belum sempurna, masih kurang lagi pemahaman tentang islam. Ingat, tingkat orang berilmu itu ada 3 peringkat. 1) mereka yang merasa bongkak dengan ilmu mereka. 2) mereka yang berasa tawaduk dengan ilmu yang mereka ada, dan 3) mereka yang merasa ilmu mereka masih kosong, tiada. Jadi, dimanakah kita berada?

Aku terbaca di satu page begini ;

"Aku penuntut ilmu.dan aku, tidak terikat dengan mana-mana pandangan. kenapa? kerana aku belajar dan diajar untuk mengikut apa yang diajar oleh nabi shollallahu 'alaihi wasallam.. sehampir mungkin, dan sama dengan apa yang nabi buat.maka itulah pandanganku."

Jadi, semua perkara yang kita lakukan harus sehabis mampu hampir dengan apa yang telah diwasiatkan oleh Nabi saw. Tidak perlu dipersoalkan itu dan ini, kerana itu telah diamanahkan kepada kita.

Ingat Allah berfirman dalam surah al maa-idah ayat 3. "pada hari ini telah Aku sempurnakan agamamu untukmu, dan telah Aku cukupkan nikmat-Ku bagimu, dan telah Aku redhai islam sebagai agamamu..."

Jadi agama itu sudah cukup sempurna. Apa yang telah Nabi ajar kepada sahaba, itu lah yang harus kita pegang. Tidak perlu penambahbaikkan sesuai peredaran zaman. Tidak perlu! Bagaimana sahaba diajar dan mengamalkan, begitu juga kita generasi sekarang.

Dan ingat amaran Nabi dalam hadisnya : "sesungguhnya kalian akan menempuh jalan (mencontohi) orang-orang sebelum kalian sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta, hingga sekiranya mereka memasuki lubang biawak sekalipun, kalian akan ikut memasukinya"
(sahih : HR. Ahmad (III/84,89), Al Bukhari (no.3994,7320), Muslim (no.2669), dan Ibnu Majah (no. 3994) dari Abu sa'id al-kuhdri radhiyaahu 'anhu)

Wallahu 'alam

11 comments:

Anonymous said...

sebenarnya apa point utama yang anda cuba sampaikan

Kosong said...

Baca sekali lagi..

Anonymous said...

Pendekatan yang perlu dibawa perlu sesuai mengikut zaman, supaya mudah diterima oleh masyarakat

Kosong said...

Pendekatan cara nabi sentiasa sesuai disetiap zaman.Cara Baginda adalah terbaik..

bertaubatlah kita kepada Allah..

Anonymous said...

Islam tu yang perlu kena ikut masyarakat ke atau kita kena ikut cara islam wahai Tuan anonymous 8:43 pm ?

berhati-hati dengan lisan anda.Takut tergelincir iman..

Anonymous said...

bukan 'islam tu yang perlu kena ikut masyarakat' tapi 'pendekatan ke arah memahamkan masyarakat tentang islam perlu sesuai'

Saidina Umar pon berkata 'Didiklah anakmu sesuai dengan zaman mereka'

Anonymous said...

Pendekatan dengan meninggalkan sunnah nabi? Bertaubat la anta. Apa pendekatan nabi yang perlu diubah?

"dan tidaklah yang diucapkannya itu menurut keinginannya. Tidak lain ia adalah wahyu yag diwahyukan (kepadanya) - An-Najm: 3-4

Anonymous said...

bukan mengubah pendekatan nabi tapi cara kita nak mengajak masyarakat untuk mengikut sunnah nabi...

Masyarakat sekarang tak sama dengan masyarakat zaman nabi

Anonymous said...

bukan mengubah pendekatan nabi tapi cara kita nak mengajak masyarakat untuk mengikut sunnah nabi...

Masyarakat sekarang tak sama dengan masyarakat zaman nabi

Anonymous said...

pendekatan bagaimana? menggunakan gitar untuk berdakwah?
menyuruh orang lain menghayati islam dengan mendengar alunan gitar?
mneyuruh orang lain mendekati islam dengan bergurau secara berlebihan? bagitau tahu apa pendekatan yang perlu diubah??

Zaman sekarang sama jahil dengan zaman nabi. Dulu bayi perempuan dibunuh, sekarang bayi lelaki perempaun dibuang, dibunuh. Zina berlaku terang-terang. apa yang berlaku zaman nabi tidak berlaku sekarang???kejahilan terhadap agama semakin ketara??kerana saja adanya teknology itu bezanya?

Cara bagaimana harus kita dekati?? dengan menyogok mereka dengan benda shubaha? dengan alat muzik? dgn musik? yang terang2 melalaikan? dengan lawak jenaka yg nabi sndiri kata ketawa boleh mengggelapkan hati???

dakwah bagaimana? dengan mengaibkan orang lain yg melakukan mungkar? dengan menyebarkan gambar maksiat mereka?

Dakwah bagaimana??? dakwah parti yg menjahanamkan umat? parti yang memecahbelahkan umat?

Pendekatan dakwah mane lagi kalau bukan cara nabi?? dakwah yg menitik beratkan akidah!!! yes akidah!! bukannye dakwah nak ajak ke masjid semata-mata utk berlawak! ajak orang lain dengan mendendangkan alunan gitar bukannya zikir memuji Allah...

Bagitau ana ape pendekatan yg anta rasakan yang terbaik untuk zaman keruntuhan akhlak umat skg selain mengikut kaedah Nabi saw???

Kosong said...

senyum melihat saudara semuslim yang cuba menidakkan secara tidak sedar apa, bagaimana Nabi sampaikan islam..

Semoga kita mendapat hidayah Allah untuk melihat islam secara benar dan benar2 beriman dan yakin dengannya..

wallahu 'alam

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian