Dec 10, 2012

Mati..,

Mati itu pasti. Tiada siapa terkecuali mengalaminya. Kau kaya, kau miskin, kau kacak, kau tak kacak, kau lemah, kau kuat, kau beriman, kau tak beriman, kau pondan, kau gay, kau ulamak, kau ustaz, semua pasti mati.

Mati bermaksud berpisah jasad dengan roh.

Hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: "Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang gelak ketawa. Maka berkata Izrail: Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa." Manusia tidak akan sedar bahawa dirinya sentiasa diperhati oleh malaikat maut, kecuali orang-orang soleh yang sentiasa mengingati mati.

Bila berlaku kemalangan. Kita selalu mengaitkan dengan kepercayaan tahyul, syirik dan khurafat. Kemalangan jalan raya misalnya. Kita selalu mengaitkan tempat itu 'keras', 'berpenunggu' dan pelbagai lagi andaian yang menyebabkan berlakunya kemalangan.

Sebenarnya, persepsi yang kita timbulkan dalam otak itulah yang menjadi racun kepada diri yang menyebabkan kita cuai. Cuai ketika memandu. Cuai ketika menunggang motorsikal. Kita melihat faktor jalan itu menjadi punca berlakunya musibah. Tolong berhenti! Berhenti menimbulkan persepsi. Berhenti dengan kepercayaan sebegini.

Jalan itu sentiasa menjadi jalan. Simpang itu tetap akan menjadi simpang. Tidak akan berubah dan tidak akan berganjak. Kamu yang harus berhati-hati. Kamu yang harus berwaspada. Kamu yang harus mengawal diri.

Jika curam, berhati-hati. Jika selekoh tajam, berhati-hati. Jika tiada signboard, berhati-hati. Jika tiada trafic light, berhati-hati. Jika kenderaan laju, berhati-hati. Jika dan jika keadaan fizikal tempat itu teruk, sentiasa berhati-hati. Jika berlaku juga, maka itu adalah ketentuanNya. qadak dan qadar daripadaNya.

Firman Allah Taala Yang bermaksud: "Tiap-tiap umat mempunyai ajal, maka apabila telah datang ajalnya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat (pula) mencepatkannya. " (Surah Al-A'raf: ayat 34)

Ps : Bersihkan diri daripada perkara Syubahat..

2 comments:

datin said...

Errr betol

Kosong said...

Beringat-ingat ditepian bersama-sama

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian