Dec 9, 2012

Bila akal melebihi sunnah..

Ramai umat islam mengaku sayang kepada Nabi saw, tapi dalam masa yang sama sunnah Baginda dia tolak ke tepi. Atas alasan, logik akal kepala hotaknya mengatakan ianya sudah tidak boleh diikuti lagi. Tidak relevan bahasa mudahnya.

Mereka secara tidak sedar bahawa mereka ketika itu telah menidakkan sunnah tanpa sedar. Menidakkan sunnah bermaksud hape? Nabi pernah berpesan, dua perkara dia tinggalkan kepada umatnya yang jika kita berpegang kepadanya kita tidak akan tersesat iaitu Alquran dan Assunnah. Siapa ikut kompem akan selamat. Kompem nabi kata!

Aku bagi contoh hadis tentang ketaatan kepada pemerintah. Mudah aku bagi contoh Mesir. Dahulu mereka-mereka ini bersorak riang untuk menolak Hosni. Yang Zalim katanya. Kroni dan sebagainya. Pokoknya, banyak kejahatan daripada kebaikkan ketika pemerintahannya. Perkara kejahatannya itu aku berlepas tangan kerana aku tidak tahu.

Tapi Hadis Nabi menuntut kita taat kepada pemerintah islam. Maka disitu berlaku kontradiksi. Disebabkan akal mereka mendahului pesanan Nabi, maka Sunnah Baginda itu telah di ketepikan atas alasan Pemerintah berlaku zalim.

Aku senaraikan sedikit Firman Allah dan hadis tersebut ;

1. Firman Allah "taatilah Allah dan taatilah Rasul serta ulil amri (pemerintah) daripada kalangan kamu"- Al Nisa.59

Sabda Nabi ;

"Barangsiapa mentaatiku dia telah mentaati Allah; dan barangsiapa derhaka terhadapku, dia telah derhaka terhadap Allah, dan barangsiapa yang mentaatiki pemerintahnya dia telah mentaatiku, dan barangsiapa yg derhaka terhadap pemerintahnya dia telah derhaka terhadapku"-Riwayat Bhukari dan Muslim

Sabda Nabi ;

"barangsiapa melihat sesuatu yg dibencinya pada pemerintahnya hendaklah dia bersabar thadapnya sesungguhnya barangsiap yg keluar drp jemaah (orang islam) sebanyak sejengkal, lalu dia mati, dia telah mati dalam keadaan jahiliah -Riwayat Bhukari dan Muslim, (mati dalam keadaan jahiliah bererti mati dalam kesesatan dan bukan jatuh kafir (ibnu hajar, fahulbari)

Sabda Nabi

"hendaklah kamu dengar dan taat walaupun kamu diperintah oleh seorang hamba habsyi yang (rambut) kepalanya umpama (buah) kismis" -Riwayat al Bhukari

Sabda Nabi;

Salamah bin yazid al-ju'fiyh btanya kpd Rasulullah dan berkata: "wahai nabi Allah, bagaimana sekiranya kami diperintah oleh pemerintah yg meminta hak mereka tetapi tidak memberi hak kami.Apa yg patut kami lakukan? Baginda berpaling drpnya. Dia bertanya lagi, lalu Rasulullah bersabda, "Hendaklah kamu dengar dan patuh, mereka akan memikul tanggungjawab mereka dan kamu akan memikul tanggungjawab kamu -Riwayat Muslim

Sabda Nabi;

Setelah pemergianku akan ada pemerintah yg tidak beramal dengan petunjukku mahupun dengan sunnahku, dan akan ada di kalangan mereka lelaki yang hati mereka (seperti) hati syaitan dalam badan manusia. Berkata Huzaifah ; saya berkata : Apa yg perlu aku lakukan sekiranya aku berdepan dengannya? sabda Baginda "engakau dengar dan patuh terhadap pemerintah walaupun dia memukul belakangmu dan mengambil hartamu. kamu dengar dan patuh. -Riwayat Muslim

Sabda Nabi ;

Barangsiapa daripada kalangan kamu yg diperintah oleh pemerintah yg dilihat melakukan hal-hal kemaksiatan, maka hendaklah dia membenci kemaksiatan itu dan janganlah (pula) dia menarik tangan ketaatanannya.- Riwayat Muslim.

Sabda Nabi : wajib atas seorang muslim utk mendengar dan patuh dalam perkara yg disukai dan dibenci, kecuali jika disuruh melakukan kemaksiatan; sekiranya disuruh melakukan maksiat maka tidak ada ketaatan (dalam hal kemaksiatan)- Riwayat Bhukari dan Muslim

Ada banyak lagi hadis nabi tentang pemerintah. Dan semua menyuruh kepada ketaatan kepada pemerintah. Dan berbalik kepada Mesir tadi. Lihat bagaimana sekarang. Bila Hosni dijatuhkan yg dikata kebangkitan rakyat melawan kemungkaran. Yang dikata kebangkitan melawan kezaliman. Hosni jatuh, tapi perpecahan umat islam tetap berlaku.

Sekarang adakah kekacauan dibawah pemerintah baru juga dikata kebangkitan rakyat? Jadi apakah makna mengguling kerajaan sebelum ini kalau kerajaan sekarang pun mereka masih ingin jatuhkan?

Pegangan ahli sunnah adalah pemimpin islam harus ditaati sesuai dengan hadis nabi diatas. Jadi Morsi ini juga harus ditaati kerana dia sekarang adalah pemimpin islam yg sah (walaupun dia naik secara tidak sah). Persoalan disini kenapakah masih berlaku demonstrasi untuk menggulingkan pemimpin yang mereka sendiri pilih? Adakah kitaran demo ini akan terus berterusan berlaku?

Siapakah yang untung?dan siapakah yang rugi dalam situasi ini?

Sunnah bila diperselisih, pasti berlaku kemudharatan. Sunnah bukan datang daripada nabi secara mutlak tetapi ianya dipandu wahyu daripada Allah. Apa yang penting ialah umat islam dituntut untuk bersatu. Bukan kerana parti tapi kerana Agama! Kerana Islam, kerana Allah.

Itu belum lagi kita lihat bila kerajaan Suharto dijatuhkan dahulu, natijahnya sampai sekarang dirasai rakyatnya yang menerima nasib yg lebih buruk sebelum dia digulingkan. Lihat kerajaan Iraq? Saddam dikata kejam dijatuhkan sekarang iraq dikuasai syiah laknatullah, lihat Afghanistan, lihat Libya, adakah negara mereka semakin baik atau lebih buruk daripada sebelumnya? Benarlah Janji Allah.

Firman Allah

Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah(agama islam) dan jangan kamu bercerai berai -Ali Imran.103

Ada pendapat  mengatakan tak boleh bersatu dengan orang islam yang melakukan kemungkaran tapi boleh bersatu dengan bukan islam kerana kebaikkkanya. Ini adalah pendapat yang Bathil. Islam itu harus bersatu atas akidah yang sama, kerana Agama menuntut kita bersatu. Dalam akidah yang satu.

Adakah akal itu lebih tinggi daripada perintah Allah?

Islam itu tertegak bila kita mengamalkannya.

Wallahu 'alam

Ps : Berkata Abu al Dardaa' :

Sesungguhnya tanda awal kemunafikkan seseorang itu adalah dengan dia mengeji pemerintahnya - Riwayat al baihai dalam kitabnya 'syu'ab al-iman. sifat mengeji dan mencaci sesama umat islam sememang ditegah dalam islam,

sabda Nabi: 'seseorang mukmin itu tidak bersikap suka mengeji dan mencaci; dan tidak pula kata-kata dan perbuatannya buruk -hadis sahih. Riwayat Bhukari dalam adab Mufrad.

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian