Dec 24, 2012

Terlebih lembu dari manusia..,

Manusia berbeza dengan lembu. Tapi akhir-akhir ini aku melihat manusia kelihatan seperti lembu. Semakin ketara. Semakin lembu dari manusia. pelik.

Manusia itu tinggi darjatnya kerana mempunyai akal yang tahu berfikir baik buruk sesuatu perkara. Berbeda dengan lembu tiada akai yang panjang. Berak merata. Dicucuk hidung ditarik kemana dia akan ikuti.

Tapi sekarang manusia pun sudah seperti lembu. Tiada akai yang mampu menjadi benteng agar ia mampu berfikir. membedakan yang buruk dan yang baik. yang halal dan yang haram dan sebagainya. Pokoknya mereka sudah setaraf lembu dalam bab dicucuk hidung dan ditarik dia akan ikuti.

Buktinya? hari ini ramai yang terikut-ikut budaya yang dibawah oleh seorang artis. Selebriti dipuja seperti seorang ulamak. Dipuji berlebih-lebihan sehingga golongan artis seperti ini naik kepala dan merasa diri mereka seperti Umar al khatab ra, seperti Aishah ra atau seperti sheikh albani. Hingga berkata melebihi apa yang dia ketahui. Seperti biasa satu bahagian juga untuk mereka kelak diakhirat sana. kau juga tidak terkecuali.

Begitu juga ahli politik. Mereka merasakan politik itu adalah islam. dan lebih memberi perhatian isu politik semasa berbanding isu akidah yang semakin teruk. Bagaimana mungkin islam mampu bangkit kalau isu akidah dipandang sebelah mata?Politik dijadikan kiblat untuk beramal. Politik dilebihkan melebihi agama itu sendiri. Hinggakan yang mungkar ditegah berasing-asing mengikut kesuaian dan survive politik mereka. Durjana! yang pelik bila pengikutnya bersetuju segala kebaikkan dan juga KEMUNGKARAN yang dia lakukan. Seperti biasa,satu bahagian juga untuk mereka kelak diakhirat.

Itu lembu. Tidak dapat membezakan kemungkaran.

Para pendakwah tumbuh meliar di laman sesawang. Facebook utamanya. Sehabis mungkin, semua perkara ingin dikongsikan. Semua gambar ingin dikongsi. Tanpa dia mungkin menyelidiki dari mana asalnya perkara itu, tanpa menyelidiki kebenaran perkara itu dan pelbagai perkara lagi yang perlu dia pastikan untuk dia tolak ketepi.

Sehingga tanpa sedar dia sebarkan keaiban orang lain, hingga tanpa sedar dia menyebarkan gambar aurat orang lain, hingga tanpa sedar dia memfitnah orang lain (jika perkara itu tidak diketahui kesahihannnya). Seperti biasa, satu bahagian juga ada untuk mereka kelak diakhirat sana. Matlamat tidak akan pernah menghalalkan cara. Robin hood tetap melakukan kemungkaran walaupun dia mencuri untuk membantu orang lain!

Maka mari berfikir sebelum bertindak. Mari berfikir sebelum berkata. Mudah bukan?

6 comments:

Anonymous said...

politik itu adalah islam. Jangan beazakan islam dengan politik

Kosong said...

mengislamkan politik itu berbeza.

Anonymous said...

tiada istilah mengislamkan politik kerana dalam islam memang ada politik

Kosong said...

demokrasi yg dguna pakai skg bukan dari islam. itu aku maksudkan mengislam kan politik. Hinggakan perkara akidah ditolak ketepi kerana kuasa. Hinggakan amar makruf nahi mungkar mengikut pegangan politik..

Perincikan apa yang islam hendak dalam berpolitik. Bukan membabi buta. Hingga berfatwa mengikut rentak politik..

Anonymous said...

demokrasi tu adalah cara yang digunakan kerajaan untuk politik, sebab itu kene ubah mengikut sistem yang sebenar

Anonymous said...

cakap tu mudah, sebab tu kita perlu meminima keburukkan dari sistem sedia ada..Lihat mesir sekarang, apa jadi?ikhwanul muslimin? Sunnah bila disanggah tetap keburukkan akan berlaku..

Jangan taksub dengan politik, politik tu bukan agama.

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian