Dec 24, 2012

Berhati-hati

Hati-hati bagi mereka yang ingin melaksanakan agama, tetapi tidak mengikuti sunnah Nabi, sebaliknya menggantikannya dengan 'cara ibadah yang baru'. Kerana kata Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda :

فَمَنْ رَغِبَ عَنْ سُنَّتِي فَلَيْسَ مِنِّي

“Maka sesiapa yang membenci Sunnah-ku, maka dia bukan termasuk golonganku.”

[Shahih al-Bukhari, no. 5063. Muslim, no. 1401]

Pesanan Para imam :

Perkataan Imam Malik B. Anas rahimahullah:

Aku hanyalah seorang manusia, adakalanya salah dan adakalanya benar. Oleh sebab itu, perhatikanlah pendapatku. Apabila ianya bertepatan dengan al-Qur'an dan as-Sunnah, maka ambillah, dan apabila ianya tidak bertepatan dengan al-Qur'an dan as-Sunnah, tinggalkanlah ia. (Lihat: Ibnu 'Abdil Barr, al-Jami', 2/32. Dinukil dari: al-Albani, Sifat Solat Nabi, 1/48) 

Imam asy-Syafi'e rahimahullah: 

Apabila kamu menemui sesuatu di dalam kitabku yang berlainan dengan hadis Rasulullah, peganglah hadis Rasulullah itu dan tinggalkanlah pendapatku itu. (Lihat: Imam an-Nawawi, al-Majmu' Syarah al-Muhazzab, 1/63) 


No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian