Dec 25, 2012

Jalan-jalan

Alhamdulillah hari ini aku mampu lagi bangun pagi.. Nasib baik hari ni cuti umum, jadi ,bolehlah aku bersenang lenang bangun lewat. Nikmat Allah nak bagi. kan?

Mungkin penat berjalan semalam. Nak dijadikan cerita, semalam member aku ajak tengok satu pot baik punya. Tak perlu aku cerita tempat ni, takut mendatangkan aib kepada orang lain dan diri sendiri he.

Sebenarnya aku dan member just nak tengok gelagat orang sekitar tu. Sekadar melihat. Member dengan konfident kata tempat ni menjadi tumpuan manusia **^$##^. Ketika masuk kawasan tu, aku sudah mulai rasa semacam. Rasa takut, rasa nervous dan rasa yang pelbagai. Kitaorang pusing 2 kali kawasan tu. Masa tu ada beberapa orang yang pandang pelik. Aku rasa semacam.

Then aku cakap dengan member, blah dari kawasan ni. Bahaya. Aura syaitan tu kuat. he. (Berlagak seperti orang beriman.) Kali kedua pusing kawasan tu, tiba-tiba ada suara menegur dari tepi kereta. Terus aku dan member blah. Nasib baik tiada apa berlaku. Alhamdulillah.

Member sudah mulai bising kalau-kalau number keretanya orang cam. Aku masa tu gelak tak sudah. Terfikir juga kalau terjadi apa-apa malam tadi, sure tajuk surat khabar begini ' 2 orang pelajar lelaki dari  sebuah institut pengajian tinggi telah dirogol beramai-ramai di bla..bla..bla'..

Gerun seketika..hahaha

Teringat kisah ahli ibadah dengan ahli maksiat. Ahli ibadah cuba ingin merasai bagaimana tempat ahli maksiat, dan begitu juga ahli maksiat cuba merasai bagaimana tempat ahli ibadah. Dengan takdir Allah, mereka pergi dan akhirnya mereka mati ditempat mereka ingin rasai itu.

Moralnya, perkara yang ditegah jangan berani dicuba.

Ps : Semalam aku juga pergi kedai rakyat 1 Malaysia tu, memang murah. Kedai yang banyak menerima fitnah dek kerana fahaman politik sempit sesetengah golongan.

4 comments:

Anonymous said...

Di mana peranan kerajaan untuk membendung situasi tesebut? Fikir-fikirkan

Anonymous said...

Please open up your mind. Kerajaan telah banyak kali bendung perkara ini, tapi tak berhasil.

Sekarang kita lihat dimana peranan ibubapa dalam membendung anak mereka? dan dimana peranan kita sebagai saudara semuslim? adakah setiap kali perkara kita bebankan kepada kerajaan tanpa kita melihat apa yang telah mereka lakukan?

Fikirkan apa yang telah anda sumbangkan untuk perkara ini?

Anonymous said...

ni area mane ni? ni drug addict hole ke ni?

Kosong said...

rasia he

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian