Oct 19, 2012

Thank you..,

Aku pernah sekali berputus asa. Hampir hilang arah dan ingin sekali mati.
Hidup seperti tak bermakna.
Masa tu, kau tak pernah berhenti memberi semangat.
Tidak pernah lelah.
Aku sedar, tanpa kau, aku mungkin tidak berada disini sekarang. Tanpa kau, aku tidak akan punya apa-apa. Tanpa kau, aku mungkin masih berputus asa.
Kau tahu, apa yang aku lakukan dsini, semua hanya kerana kau, kerana yang lain. Aku ingin membawa perubahan. Membawa harapan berupa sebuah mimpi yang dahulu ingin kau rasai.
Apa yang aku lakukan ini, bukan untuk diriku. Bukan juga untuk kesenanganku dikemudian hari. Aku berusaha ini kerana kau. kerana yang lain juga. Aku ingin hadiahkan segalanya untuk mu.
Supaya kau dapat berbangga denganku. Bila rakanmu mungkin bertanya. Sekurang-kurangnya ada perkara yang kau boleh ceritakan tentangku. Mungkin kau bangga dengannya. Walaupun usahaku ini hanyalah tak seberapa.
Setiap hari aku berdoa. Sentiasa berdoa untukmu. Semoga Allah beri kesempatan kepadaku. Allah beri kesempatan kepadamu. Supaya dapat merasai segala usahaku ini.
Tadi,
Aku terlalu takut. Aku terlalu risau. Kalau mungkin terjadi sesuatu kepada dirimu. Aku hanya mampu berdoa. Kerana itu saja aku mampu lakukan.
Didunia ini. Aku terhutang budi dengan kau. Jika aku mampu berikan dunia ini separuh pun, ianya tidak mampu tandingi budi yang kau telah berikan. Tidak akan berbalas. Aku tahu.
Aku cuba jadi manusia yang boleh kau banggakan. yang tanpa segan boleh kau cerita kepada orang lain. kerana, bila hatimu senang dengan apa yang aku lakukan disini, itu merupakan keredhaan daripada Allah untukku.
kau tahu,
Setiap apa yang aku lakukan disini. Semua aku niatkan untukmu. dan untuk yang lain. Hanya sebahagian kecil sahaja untuk diriku. Dan mungkin untuk darah dagingmu kelak..
Tuhan,
Jika amalanku selama ni boleh ditukar ganti. Tolong gantikannya dengan memanjangkan umur mereka sedikit lagi. Aku ingin menjaga mereka. Memberikan mereka segalanya. seperti dulu aku mereka jaga..
Dan kamu yang membaca,
Doakan untukku, untuk mereka yang aku sayang ini. dan kepada mereka yang kamu sayang juga.

Dad,
Thank you for everything..,

1 comment:

Anonymous said...

http://www.youtube.com/watch?v=QP6Xejr9PQg

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian