Oct 9, 2012

Jemaah

Aku tertarik dengan satu hadis sahih yang bermaksud:

'hendeklah kamu bersatu dan janganlah berpecah-belah. sebab sesungguhnya syaitan bersama orang yang bersendirian. Apabila berdua (bersama syaitan), ia akan menjadi lebih jauh (dari Allah SWT). siapa yang ingin berada di tengah-tengah syurga, hendaklah ia berjemaah'(Riwayat Ahmad, dlm musnad-nya. Disahihkan oleh sheik al-Bani dlm kitab sunnah karya ibnu Abi 'Ashim)

Namun, ramai yang terkeliru dengan apa yang dimaksudkan dengan jamaah itu. Ramai yang mentafsirnya hanya berdasarkan maksud dari segi bahasa sahaja iaitu 'kumpulan'. Tanpa menitik beratkan isi kandungan jemaah/kumpulan itu bagaimana.

Disebabkan itu, kini berpuluh-puluh kumpulan yang berdiri atas nama ahli sunnah wal jamaah yang mempunyai ideology berbeza, berpecah antara satu dengan yang lain. Jamaah2 ini saling bergaduh antara satu dengan yang lain hinggakan mudah musuh islam mempergunakan mereka.

Terdapat perbezaan besar maksud al-jamaah itu dari segi istilah islam dan dari segi bahasa. Daripada Ibnu mas' ud r.a berkata " al-jamaah adalah apa yang mentaati Allah walaupun kamu seorang diri atau Al-jamaah apa yang selaras dengan al-Haq walaupun kamu seorang diri".

Menurut Syeikh Izzat rhm pula: 'Al-jamaah bermakna apa yang selaras dengan jamaah para sahabat dari sudut aqidah dan fahaman mereka'

Sebab itu Islam semakin berpecah belah kerana mempunyai pelbagai jamaah yang lari daripada maksud jamaah itu sendiri selaras dengan apa yang dikatakan Nabi. Mereka ini mempunyai ideology kefahaman yang berbeza-beza. Sedangkan Nabi berpesan, tidak akan kita tersasar daripada islam selagi kita berpegang alquran dan sunnah.

Allah berfirman:

Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai.(Ali Imran:103)

Apa yang paling penting sebenarnya ialah bagaimana penghayatan kita terhadap islam itu sendiri, kepercayaan kita kepada Allah tiada tuhan yang layak disembah selain daripada Dia dan Muhammad itu pesuruhNya.

Jika diri kita masih tidak berubah kepada mengikut ajaran yang Nabi sampaikan, bagaimana kita ingin mengubah masyarakat? Ubah perkara yang asas itu adalah lebih baik daripada ubah perkara yang besar. Sebab itu setiap asas itu penting diperkuatkan terlebih dahulu.

seperti rumah yang memerlukan asas binaan yang kukuh. Agar kekal lama.. kan?



Wallahu 'alam

2 comments:

Anonymous said...

Fenomena jemaah di Malaysia terdapat pelbagai.

Menurut Yusuf Al-Qardhawi, harus bagi sesebuah negara mempunyai pelbagai negara tetapi lebih baik jika terdapat satu jemaah. Hukum harus di situ bermaksud satu-satu jemaah mempunyai approach yang berbeza.

Contohnya Tabligh yang lebih kepada dakwah kepada masyarakat, dan Pas lebih tertumpu kepada politik. Tetapi, di dalam dua jemaah ini tidaklah harus saling memusuhi melainkan saling membantu.

Masalah yang dihadapi oleh jemaah sekarang, banyak yang tidak betul2 ikhlas dalam melakukan tugas jemaah.

Jadi, peranan kita yang tahu untuk membetulkan apa yang tidak betul di dalam jemaah

Jangan sesekali tinggalkan jemaah kerana pertolongan Allah datang di dalam jemaah

Anonymous said...

Jemaah perlu berdasarkan alquran dan as sunnah..

Mengikut hadis Nabi:

Salamah bin yazid al-ju'fiyh btanya kpd Rasulullah dan bkata: 'wahai nabi Allah,bgmana skiranya kami diperintah oleh pemerintah yg meminta hak mereka tetapi tidak memberi hak kami. apa yg patut kami lakukan?
Baginda berpaling daripadanya. Dia bertanya lagi,
lalu Rasulullah bersabda: 'hendaklah kamu dgr dan patuh,mereka akan memikul tanggungjawab mereka dan kamu akan memikul tanggjawab kamu'(riwayat muslim)

Sabda Nabi: setelah pemergianku akan ada pemerintah yang tidak beramal dgn petunjukku mahupun dengan sunnahku, dan akan ada di kalangan mereka lelaki yg(spt) hati syaitan dlm badan manusia. Berkata Huzaifah: saya berkata: apa yg perlu aku lakukan sekiranya aku berdepan dengannya? sabda baginda: 'engkau dengan dan patuh terhadap pemerintah walaupun dia memukul belakangmu dan mengambil hartamu. kamu dengan dan patuh (riwayat muslim).

Berkata imam Ahmad: barangsiapa keluar menentang pemerintah orang islam yg telah dipersetujui dan telah dilantik menjadi khalifah dng apa jua cara; sama ada dengan redha atau terpaksa; sesungguhnya org yg menentang itu telah KELUAR DARI JEMAAH ORANG ISLAM serta menyelisihi sunnah Rasullah , dan sekiranya dia mati, dia mati dalam jahiliah (Ushul Al-Sunnah oleh Imam Ahmad)

sebenarnya,ramai yang tak tahu apa itu jemaah..

wallahu 'alam..

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian