Oct 3, 2012

Redha..,

Bila Allah berkehendakkan sesuatu, pasti terjadi walau apa pun halangan. sebab itu kita perlu redha atas setiap apa yang berlaku. Dari perkara kecil, hingga perkara yang besar. Dari perkara yang kita suka hingga perkara yang kita tidak suka. Pokok pangkalnya Redha..

Ada perkara yang kita terpaksa lalui kepayahan, kesusahan, kesakitan dan pelbagai ke yang negatif semata-mata kerana Allah ingin lihat sejauh mana kita redha. Bila kita redha, kita akan terdidik untuk bersyukur. Kerana itu merupakan ujian.

Kadang ada yang nakal bertanya, kenapa Allah berikan ujian yang menyakitkan, menyedihkan? kenapa Allah tidak berikan kesenangan sahaja. Allah kan maha berkuasa? Nauzubillah..

Analoginya begini, kenapa dalam peperiksaan, tak kira samaada upsr, pmr, spm dan pelbagai lagi peperiksaan mempunyai pilihan jawapan yang pelbagai dan hanya ada satu jawapan yang tepat? kenapa?  Pernah kita fikir bahawa itu merupakan satu ujian dan ukuran bagaimana kita itu berusaha?, bagaimana kefahaman kita terhadap satu pelajaran yang telah diajar. Bagaimana kita ingin dinilai kalau kita tidak diuji?

Begitu juga Ujian daripadaNya. Bersyukurlah kerana diuji, kerana Dia memberi perhatian kepada kamu. Takutlah bila kamu tidak diuji. Kerana ujian itu merupakan tanda kasih sayang daripadaNya..

"When Allah desires good for someone, He tries him with hardships." (Bukhari)

Sebenarnya aku nak cerita pasal thesis. Pasal keterbantutan research aku. dan pelbagai pasal yang aku nak cerete. Ringkasnya aku dah tukar research. Yang dulu buat kajian tentang Greenhouse Gases, sekarang buat research tentang Economi value of stumpage, walaupun tinggal sesemester lagi aku dalam postgrad ni. Kerja gilak yang harus aku terima. Tapi, alhamdulillah, semua semakin jelas dan mudah. Mungkin berkat aku redha..

Jadi, jika kita teruji oleh kecelakaan, oleh perkara cinta, oleh pelbagai masalah, oleh kesakitan, oleh masalah kewangan, mengadu banyak-banyak kepada yang layak. Bukan mengadu di khalayak ramai. Facebook mudahnya.. dan redhakan apa yang berlaku..

Sekian,

1 comment:

Anonymous said...

http://www.youtube.com/watch?v=gSXyl7KB0no

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian