May 25, 2012

Petang, mata merajuk dan motosikal..,

Tadi. balik dari kerja aku cadang nak terus tidur. Biasa, lepas asar ni lah waktu paling nikmat untuk tidur. Selain waktu hujan-hujan, atau awal pagi. kan? Aku pun tak tahu kenapa. Kau tanyalah dengan sesiapa, mesti waktu begini yang paling disukai mereka untuk membuta. Aku juga begitu. Normal, manusia biasa.

Tapi aku tak tahu kenapa mata aku tiba-tiba seperti merajuk. Puas aku pujuk tapi masih berdegil untuk lelap. Aku biar dia seketika. Aku fikir soal kehidupan, biar dia bosan dan terus lena. seperti kebiasaannya. Tapi, makin itu pula dia segar. Dia tidak tertipu dengan taktik lama ini. Mungkin dia sudah tidak mudah diperkotak katik lagi. saitan..

Aku pun buka laptop. Perkara biasa aku buat kalau bosan. kalau tak dengar lagu, aku pusing movie yang dua tiga empat kali aku tengok. Biar lebam mata. Biar hati bosan. Tapi tadi aku buka aku terus online.

Aku login wayerless. Aku type address blog aku. Sebab tadi tiba-tiba aku terfikir nak tulis something. Masa aku sibuk berhayal tentang masa depan aku..

Masa aku balik dari masjid tengah hari tadi, aku terserempak dengan member lama aku. Dia hon aku berkali-kali. Aku ingat perempuan mana yang dok ngorat, sekali member aku sendiri. Baru je terasa lincah nak kenyit mata. hampeh. Lepas tu dia perli motor aku bunyi dia gampang. Aku tersengih mendengar dia cakap begitu. Tapi dalam hati memaki.

Aku sebenarnya bukan taknak baiki exzos. Tapi gaji tak masuk lagi. lagipun aku dah biasa pun diperli bagai disebabkan aku pakai motor kapcai ini. lantak p la. Bukan aku beli guna duit bapak dorang. 

Motor ni banyak berjasa dengan aku. Disebabkan Motor inilah aku dapat pegi kelas masa degree dulu dengan pantas, menepati waktu bagai. dengan motor inilah aku cekap hadir ke masjid masa hari jumaat. Takda masalah tertinggal bas sebagainya lagi. yang terpaksa berkunci dalam bilik konon malu dengan member lain tak pergi masjid. Padahal hampeh, dengan Tuhan tak malu pula..

Tahap loyal aku memang patut dibanggakan. kau tanya mana-mana mereka yang kenal aku. ah, malas aku nak ulas lanjut. nanti ada yang kata aku masuk bakul angkat sendiri. Tapi itu aku. Aku tak suka serabutkan kepala. Ada yang kata itu bagus. ada juga kata tak bagus loyal ni. Aku tak kisah, yang aku tahu aku happy begitu. 

Aku terfikir juga, kehidupan ini tak perlu rumit. Biar biasa-biasa saja. Allah suka kepada kesederhanaan. Tapi bukan dalam bab amalan agama. Kenapa perlu kejar perkara yang sia-sia, sedangkan perkara dihadapan kita ni pun tak nikmati lagi?

Macam motor aku lah. Orang nak kutuk ke hape, biar je. Aku tak kisah. walaupun sebenarnya aku kisah. Tapi nak buat macam mana? mulut manusia ni, makin kau nak tutup, makin itu lah dia akan berfungsi dengan lebih gampang lagi. Lebih baik kau diam dan senyum, semoga mereka diberi hidayah supaya tidak mempersendakan orang lain. kan?


sekian..,

No comments:

Blog yang berentak pelbagai, mengkritik dengan pelbagai sudut. kau tak suka, maka berlapang dada, hanya perlu meninggalkan pesanan saja..sekian